Breaking

September 19, 2012

Suami Nadiya Nissa Cemburu Pada Aaron Aziz


Suami Nadiya Nissa CemburuPada Aaron Aziz. Siapa sebenarnya Nadiya Nissa ni, pertama kali dengar namanya tengok pada wajahnya pun agak biasa saja. Rupanya Nadiya Nissa adalah pelakon drama Adam dan Hawa
Suami Tak Cemburu Langsung Pada Aaron – Nadiya Nissa’
Drama Adam Dan Hawa semakin diterima penonton. Drama terbitan Global Station yang dibintangi pemegang gelaran Bintang Paling Popular 2011 Aaron Aziz dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik ASK Nadiya Nissa’ mula diperkatakan umum.

“Saya gembira dengan penerimaan hebat oleh penonton drama Adam Dan Hawa. Setelah berlakon banyak filem dan drama, akhirnya saya mendapat peluang untuk membintangi sebuah karya yang berskala besar. Saya terharu kerana mendapat kepercayaan daripada stesen televisyen untuk menerima penglibatan saya dalam drama itu dan digandingkan dengan pelakon popular seperti Aaron Aziz.”

Jika sebelum ini pengikut di Twitternya cuma lebih kurang 1000 pengikut, kini selepas drama itu disiarkan pengikutnya di laman sosial itu bertambah kepada 5500 pengikut.

“Walaupun menerima kritikan di peringkat awal, saya hanya berfikir positif dan mahu melakukan yang terbaik. Bila terbaca di Twitter komen-komen daripada peminat Aaron, saya memang takut. Tapi sekarang mereka mula menerima saya. Sekarang ini bila keluar membeli susu anak pun orang luar mengenali saya dan bertanyakan tentang “Adam”,” ujar Nadiya yang bakal membintangi filem terbaru berjudul Bikin Filem bersama Bront Palarae dan Amerul Affendi.

Sementara itu, Nadiya bersyukur kerana memiliki suami yang cukup memahami dengan kerjayanya lebih-lebih lagi Saiful Razman juga merupakan seorang pelukis. Hasil perkahwinannya bersama Saiful Razman, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Omar.

“Razman tidak cemburu langsung bila saya berlakon dengan Aaron Aziz. Saat paling manis apabila sewaktu penggambaran di Mekah Razman turut menyertai rombongan tersebut. Di situlah mereka berkenalan secara dekat. Saya tidak fikir Razman cemburu. Lagipun Aaron seorang yang amat profesional sewaktu bekerja. Aaron dan Razman berkerja untuk keluarga masing-masing.”

Tegas Nadiya lagi dia seboleh-bolehnya mahu meluangkan masanya untuk berehat daripada dunia televisyen dan filem sekejap untuk meneruskan minatnya di pentas teater.

Nadiya sebelum ini pernah membintangi teater Tanda terbitan Rumah Anak Teater di PJ Life Arts pada tahun 2010.

“Tahun ini tawaran untuk berlakon dalam drama dan filem saya terima tidak putus-putus. Apabila penggambaran memang tidak sempat untuk menjalani latihan dan mengasah bakat lakonan saya. Kalau boleh saya mahu menjadikan pentas teater sebagai tempat untuk saya mengasah bakat tersebut. Saya sukakan proses tersebut dan mahu belajar sesuatu daripada Rumah Anak Teater.” tambahnya lagi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us