Meskipun sudah menjuarai pertandingan Asian Wave 2012 di Shanghai, namun kredibiliti penyanyi, Nur Shahila Amir Amzah atau Shila Amzah, 22, masih lagi dipertikaikan segelintir pihak yang berasakan bahawa juara Mania, Hafiz Suip sepatutnya layak ke sana dan seterusnya memenangi pertandingan berkenaan.
Begitupun, Shila Amzah yberkata, pertikaian tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana Shila memberitahu dia dan Hafiz mempunyai tahap pengalaman dan cara nyanyian yang berbeza.
"Bagus atau tidak bukan dinilai dari penjurian atau pengundian sahaja, bagi saya kemenangan saya ini adalah ketentuan dan rezeki daripadaNya. Malah saya rasa saya dan Hafiz tidak patut dibandingkan.
"Bagi saya kalau orang hendak bandingkan saya dengan seseorang itu, biarlah kami mempunyai persamaan. Malangnya saya dan Hafiz tidak mempunyai apa-apa persamaan pun dan hanya usia kami sahaja yang sama.
"Lainlah jika saya merupakan juara program realiti Akademi Fantasia sama dengannya, boleh juga dibandingkan. Saya dan dia punya tahap yang berbeza kerana saya sudah 12 tahun berada dalam industri, manakala dia hanya beberapa tahun dalam industri tetapi sudah mencipta kejayaannya tersendiri.
"Bukan sahaja dari segi pengalaman malah cara nyanyian dan jantina kami juga berbeza dan saya tidak rasa kami perlu dibandingkan kerana masing-masing punya keistimewaan tersendiri," katanya
Shila yang baru sahaja pulang ke Malaysia pada 26 September lalu (semalam), telah membawa bersama trofi kemenangan dan wang dana yang masih belum dapat dipastikan jumlahnya.
Anak kepada peyanyi ND Lala ini berjaya mengharumkan nama negara dengan menjuarai pertandingan Asian Wave 2012 yang telah pun berlangsung di Shanghai, China pada 20 September lalu.
No comments:
Post a Comment