Breaking

September 30, 2012

Pelakon Lelaki Kacak Buat Pembedahan Hidung


Hujung minggu ni jum layan gosip dari CAK, Harian Metro...

MELIHAT rupa aktor kacak ini, ramai gadis yang cair, malah tak kurang juga cemburu kerana aktor itu dikurniakan rupa paras hampir sempurna. Orangnya pun baik dan sangat ramah tatkala bertemu media dan peminat. Belum lagi dikira tawaran berlakon dan jurucakap produk yang mencurah-curah. Pendek kata, hidupnya sentiasa indah belaka.

Cuma yang CAK tak sedap dengar bila beberapa teman mula ‘keliru’ dengan sedikit perubahan pada wajah aktor itu, seolah-olah ada pertambahan di hidung. Kata teman CAK, dulu hidung aktor itu tidaklah semancung sekarang.


Lebih mengelirukan teman CAK bila dalam pertemuan dengan aktor itu minggu lalu, dia perasan ada kesan ‘pembedahan kecil’ pada hidung, lantas menguatkan tanggapan teman CAK yang aktor itu baru ‘memancungkan’ hidung.


Bila ditanya, aktor itu menafikannya dan memberi alasan kesan cermin mata dan ‘sunburn’ sebab berjemur bawah matahari.


Berkerut juga dahi CAK bila teman CAK itu tak habis-habis mengiyakan yang aktor itu berbohong dan sengaja reka cerita kerana bimbang akan jadi bahan kontroversi dan lawak dunia hiburan.



CAK tak nak masuk campur, cuma nak pesan berani kerana benar, takut kerana salah. Kalau benar aktor itu mancungkan hidung, CAK kecewa juga sebab sebelum ni CAK tengok hidungnya baik-baik saja, memang terletak cantik lagi! Namun kalau betul kesan ‘pelik’ pada hidung sebab bekas cermin mata dan ‘sunburn’, CAK ok aje! Tapi kenapa hidung semakin mancung ya? Hmmm...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us