Breaking

September 20, 2012

Yuna Putus Cinta Dengan Qi, Kini Single


Tekaan seorang peminat tentang keretakan hubungan Yuna dan Qi akhirnya telah pun disahkan oleh empunya badan semalam semasa press conference Yuna Homecoming Concert. Walaupun sebelum ini Qi memberitahu yang mereka masih bersama, Yuna sebaliknya mengesahkan yang dirinya kini single but not available.
yuna putus dengan qi
Bercakap kepada wartawan Malaysian Digest, Yuna memberitahu yang jarak jauh adalah punca utama mereka berdua berpisah. Namun kepada peminat Yuna dan Qi, anda janganlah risau sangat. Perpisahan ini lebih bersifat sementara. Kata Yuna:-
Saya dan Qi sekarang… senang kata kami taking a break. Tapi kami masih berkawan baik. Keputusan ni kami buat bersama, memandang saya sibuk dan terpaksa tinggal di Amerika. Dia pula di sini. Jadi kami rasa sukar untuk meneruskan perhubungan ni. Apa yang penting sekarang, kami fokus pada kerjaya. Saya ada matlamat saya dan banyak lagi impian yang saya belum capai. Dia juga ada arah tuju dia dalam apa yang dia buat sekarang. Pada saya, hubungan cinta bukan lagi pilihan. Jadi biarlah..

sumber: Beautifulnara.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us