Pembentangan Belanjawan Negeri Sabah 2013 oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman pada pertengahan bulan depan dijangka turut mengumumkan pemberian bonus kepada penjawat awam negeri.
Musa, yang juga Menteri Kewangan Negeri, berkata kerajaan bersedia mempertimbangkan perkara itu dan akan mengadakan perbincangan dengan pegawai berkaitan bagi menyediakan belanjawan tersebut.
"Sekarang ini, perkara itu (pemberian bonus) dalam perbincangan terperinci,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan upacara pecah tanah Pekan Baru Melalap dekat sini hari ini. — BERNAMA
No comments:
Post a Comment