Breaking

March 7, 2012

Petua Kekal Cantik Selepas Bersalin, Jamu Mak Dara

Petua Kekal Cantik Selepas Bersalin


Tidak dinafikan, ramai ibu-ibu moden di zaman ini tidak lagi menjadikan amalan berpantang selepas bersalin sesuatu kemestian kerana bagi mereka amalan berpantang hanya di lakukan sebagai syarat tanpa mengikut langkah serta proses-proses yang harus dilalui demi menjaga kesihatan yang berpanjangan.


Ketika proses kelahiran, terdapat banyak tenaga yang dikeluarkan serta urat-urat juga putus dan kondisi badan ketika itu terlalu lemah.
Lazimnya selepas kelahiran, rahim akan kembang, ari-ari membengkak, badan terasa berat serta terdapat banyak kesan luka di dalam tubuh dalaman badan. Jika tidak diberikan rawatan yang sempurna, makanya akan terjadilah gangguan emosi yang tidak menentu dan paling menakutkan berlakunya Angin Meroyan
Menyedari hakikat itu, produk kesihatan dan kecantikan wanita, Jamu Mak Dara tampil dengan Set bersalin Ibu Halimah yang mengandungi kelengkapan 9 dalam 1 barangan keperluan berpantang di datangkan khas khusus untuk persiapan bakal ibu sebelum kelahiran.

Terdiri daripada lapan produk kerperluan penting seperti Jamu Mak Dara Kapsul, pilis, rempah mandi, bedak sejuk, losyen Ibu Halimah, tungku dan bengkung, set ini melengkapi segala amalan berpantang yang diamalkan pengasas Jamu Mak Dara iaitu Ibu Halimah sejak zaman berzaman.
Menurutnya, amalan berpantang selepas bersalin bagi masyarakat Melayu merupakan tradisi lama yang masih kekal sehingga ke hari ini kerana kebiasaannya si ibu akan berpantang selama 44 hari hingga ke 60 hari selepas kelahiran anak.

Set bersalin Ibu Halimah ini mempunyai keistimewaan tersendiri yang tiada tolok tandingannya kerana ramuannya dirumus 100% dari herba asli dan tidak mengandungi sebarang bahan tiruan.
Ia berfungsi dan bertindak untuk menyingkirkan toskid, darah beku, air kencing yang kotor, mengecut dan menyuburkan rahim, mengaktifkan dan mengimbangi hormone, mengatasi masalah keputihan dan merapatkan faraj.

Penggunaannya juga dipercayai dapat mengembalikan tenaga, memperbaiki sistem kitaran haid, membuang angin, membakar lemak, mengatasi masalah bau badan, mengelakkan rasa sakit pinggang, lemah badan, awet muda dan mengelakkan kemurungan.
Sementara itu, rahsia petua Mak Dara di awal remaja sehingga melahirkan anak kini telah berada di pasaran pada harga RM 25.90.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us