Breaking

March 7, 2012

GAMBAR Pre Wedding Fasha Sandha | Kahwin Di Bali 29 April ini

Fasha Kahwin Di Bali, 29 April Depan


Fasha Sandha dan pasangannya, Rizal Ashram Ramli, 36, akan melangsungkan perkahwinan mereka di Bali, Indonesia, pada 29 April ini. 


Sumber tersebut berkata, persiapan majlis yang bakal dihadiri 100 tetamu termasuk keluarga, rakan terdekat dan wakil media itu hampir selesai, malah busana pengantin serta jurusolek pilihan juga sudah ditempah sejak awal tahun.

“Walau sebelum ini ramai meneka mereka akan melangsungkan pernikahan di Jakarta, Indonesia, ia tidak benar. Sebaliknya pulau peranginan eksotik iaitu Bali menjadi pilihan kerana mood romantis yang wujud di pusat peranginan terkenal itu.

“Mengikut perancangan, busana pengantin mendapat sentuhan pereka tempatan popular, Rizman Ruzaini, manakala kepercayaan untuk menyolek wajah bakal pengantin pula diberikan kepada jurusolek kegemaran ramai artis ternama, Tiar Zainal,” katanya kepada wartawan Berita Harian.

Bagaimanapun, finalis Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011, genap berusia 28 tahun pada 28 Mac ini tidak dapat dihubungi kerana sibuk di lokasi penggambaran drama berjudul Seindah Sakura.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us