Tasha Shilla Ditaja Datuk Jamal,Tauke Restoran Sekinchan Ikan Bakar?Me pernah singgah makan di Restoran Sekinchan Ikan Bakar Kajang.
Boleh tahan jugaklah rasanya. namun suasana agak suram dan takde ramai orang sangat. Tak sangka pula rupa-rupanya “Datuk J”
yang dikaitkan dengan Tasha Shillla ialah Datuk Jamal Md Yunus, pemilik
restoran Sekinchan Ikan Bakar.
Baru berusia 42 tahun, Datuk Jamal dikatakan telah memberi sebuah
kereta Audi A5 dan menaja kehidupan Tasha Shilla. Semalam menerusi Metro
Ahad, isteri Datuk Jamal, Datin Nurhanizatul Shida tampil menyatakan
yang suaminya tiada hubungan istimewa dengan pelakon tersebut. Katanya:-
Sebenarnya, saya sudah penat menjawab tuduhan banyak
pihak dan blog tertentu yang mengaitkan pelakon itu dengan suami saya.
Saya lebih kenal suami saya! Suami meminta saya bersabar dan tidak mudah
percaya gosip mengaitkan dia dengan mana-mana wanita atau artis. Tidak
dinafikan, hati isteri mana tidak cuak mendengar cerita itu pada
mulanya. Untuk itu, saya selalu mencuri baca khidmat pesanan ringkas
(SMS) atau panggilan di telefon bimbit suami untuk mencari bukti.
Bagaimanapun, suami menyatakan kesibukan berniaga menyebabkan dia tidak
ada masa untuk melayan cerita remeh-temeh dan meminta saya tidak cepat
melenting dengan gosip itu.
Tak ada sebab rasanya Datuk Jamal untuk membuat hubungan sulit dengan
Tasha Shilla. Wifenya pun cun melecun orangnya. Lagipun bak kata si
isteri, suaminya sibuk dengan perniagaan dan tak ada masa untuk semua
ini. Diharap selepas ini tiada lagi cerita-cerita yang melibatkan Datuk
Jamal dan Tasha Shilla terpampang di dada akhbar.
1 comment:
rezeki dye la tu..bagus la
Post a Comment