Breaking

November 2, 2012

Pasangan Blogger Seks Bangga Menjadi Terkenal Hasil Video Aksi Seks Mereka

Tidak sampai seminggu pasangan blogger seks, Alvin Tan dan Vivian Lee kini menjadi sangat terkenal dan popular bak selebriti selepas blog seks mereka "Sumptuous Erotica" menjadi tajuk utama dalam beberapa akhbar di sini dan di Singapura.

Pasangan blogger popular dengan video seks


Menjadi terkenal dengan publisiti murahan tidak menjadi masalah buat pasangan ini, malah mereka begitu berbangga dengan tindakkan menyiarkan gambar dan juga video aksi seks mereka untuk tontonan ramai.
Bagaimanapun, pasangan Tan, 24, dan Lee, 23, dikatakan bakal dikenakan hukuman penjara dan didenda RM50,000 sekiranya didapati bersalah kerana memaparkan aktiviti mereka di blog untuk tontonan awam.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan, pihak polis kini sedang menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 233 (1) (a). Sekiranya pasangan berkenaan didapati bersalah, mereka akan didenda RM50,000 atau dipenjarkan selama setahun atau kedua-duanya sekali. Bagaimanapun, sehingga kini polis masih belum merekodkan kenyataan pasangan berkenaan.
Sementara itu, Tan langsung tidak gentar dengan tindakkan yang bakal dikenakan terhadapnya malah pelajar undang-undang dan pemegang biasiswa Asean ini dengan angkuh berkata, dia hanya tinggal di kawasan yang jauhnya hanya lima minit dari Bukit Aman dan hairan bagaimana polis tidak boleh menghubunginya.

Antara kes yang sama terjadi adalah pada tahun 2010, video seks penyanyi terkenal Indonesia, Ariel Peterpan dan pelakon, Luna Maya dan Cut Tari tersebar luas, namun pada mulanya mereka menafikannya.
Tetapi selepas pihak polis Indonesia membuat siasatan telah mendapati pelakon dalam video seks tersebut adalah Ariel, Luna dan Cut, dan ketiga-tiga mereka telah dikenakan hukuman penjara.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us