Khairul Fahmi Dan Leuniey Kahwin Januari Ini, Ramai Gadis Makan Hati. Sekitar hujung Disember sehingga awal Januari 2013 akan menyaksikan
terikatnya hubungan suami isteri antara Khairul Fahmi (Apek) dan Nur
Eilunie Natasha (Leuniey). Tarikhnya masih belum dapat ditetapkan kerana
Apek kini sedang sibuk menjalani latihan dengan skuad kebangsaan untuk
Piala AFF.
Apa pun, ayah kepada Khairul Fahmi, Che Mat Hussain berharap akan
perkahwinan ini akan menutup segala kontroversi yang pernah melanda
anaknya. Katanya kepada Kosmo:-
Tarikh sebenar akan diputuskan oleh anak saya selepas
beliau pulang daripada latihan dengan skuad kebangsaan. Harapan kami
perkahwinan ini akan menutup semua kontroversi yang melibatkan anak
saya.
Kepada yang tertanya-tanya sama ada pasangan ini akan bertunang
sebelum pernikahan, jawapannya ialah majlis pertunangan akan dilakukan
sebelum majlis pernikahan berlangsung. Apa pun semoga perkahwinan ini
akan lebih mematangkan Apek. Sama-samalah kita doakan agar segala
persiapan mereka untuk hari bahagia akan berjalan dengan lancar.
No comments:
Post a Comment