KINABATANGAN, 21 Nov (Bernama) -- Seorang buruh ladang yang mengamuk dan mencederakan seorang kerani cedera ditembak polis dekat sini semalam. Ketua Polis Daerah Kinabatangan, DSP Martin Lugu berkata kejadian berlaku kira-kira 8.30 pagi di sebuah ladang kelapa sawit. Buruh tersebut yang merupakan warga Indonesia berusia 27 tahun diperayai telah berselish faham dengan kerani wanita berusia 24 tahun itu di pejabat ladang berkenaan.
"Lelaki itu tiba-tiba naik berang lalu bertindak menetak kerani wanita itu dengan sebilah parang sebanyak tiga kali menyebabkan mangsa mengalami cedera parah.
"Dia kemudian melarikan diri ke rumah pekerja dan mengugut akan mencederakan
beberapa pekerja lain," katanya ketika dihubungi hari ini.
-- LAGI
POLIS-TEMBAK 2 (AKHIR) KINABATANGAN
Martin berkata anggota polis dari Pondok Polis Tomanggong yang tiba di tempat kejadian selepas menerima laporan dari pihak pengurusan ladang memujuk buruh itu supaya menyerah diri. Namun dia enggan berbuat demikian sebaliknya bertindak menyerang polis menyebabkan mereka terpaksa melepaskan satu das tembakan yang mengenai lututnya, katanya. Kerani itu dihantar ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan dan dilaporkan dalam keadaan stabil manakala buruh tersebut menerima rawatan di Hospital Kinabatangan.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment