Pelakon sensasi Ana Dahlia, 29, menafikan dakwaan bahawa keretakan
rumah tangganya dengan chef selebriti Chef Riz disebabkan dia curang.
Ana Dahlia atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar menegaskan dia
berada di pihak yang benar namun enggan mengulas mengenai status
perkahwinannya.
“Memang saya ada masalah peribadi tapi tidak perlu diceritakan buat
masa sekarang. Suatu hari nanti semua orang akan tahu dan buat masa ini
saya tidak ingin membuka aib sesiapa.
“Saya tidak pernah menjalinkan hubungan dengan orang lain jauh
sekali berlaku curang. Jangan membuat andaian tanpa bukti kukuh,”
katanya pada majlis ramah mesra drama bersiri Cinta Itu Milikku di sini
semalam.
November 6, 2012
Ana Dahlia Curang Punca Keretakan Rumahtangga
ana dahlia janda
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment