Breaking

March 7, 2012

Yahya Sulong Masih Lemah, Dijaga Anak Saudara


PETALING JAYA: Isteri kepada pelakon Datuk Yahya Sulong, 84, iaitu Datin Alisah Ali memberitahu keadaan suaminya masih lemah selepas dibenarkan keluar daripada Hospital Ampang minggu lalu.
Alisah, 65, berkata, suaminya masih sukar berjalan dan kini dijaga oleh anak saudaranya yang kebetulan tidak bekerja di sebuah perumahan di Setapak, dekat sini.


"Makcik bukan tidak mahu menjaga dia tetapi keadaan kesihatan makcik juga kurang baik. Suami pula sukar berjalan dan sering mengalami semput, kalau jatuh takut perkara lain pula timbul.
"Nasib baik ada anak saudara yang prihatin dengan keadaan kami, sudi untuk menjaganya buat sementara sehingga betul-betul sihat," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu.
Sebelum ini, Yahya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang selepas terjatuh daripada bilik air pada 20 Februari lalu.
Kejadian tersebut berlaku ketika beliau hendak buang air besar di bilik air rumahnya di Bandar Baru Sentul dekat sini tetapi atas sebab-sebab keuzuran, Yahya dipercayai telah tergelincir.
Dalam pada itu, Alisah berkata, dia berulang-alik menjenguk suaminya itu selang dua hari namun memberitahu kerap menelefon untuk bertanyakan keadaannya.
Tambahnya, dia mahu suaminya itu mendapat perhatian dan rehat secukupnya di bawah jagaan anak saudaranya itu supaya boleh kembali sihat seperti sedia kala.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us