Daripada sumber asal Forum Cari, suami Irma yang bernama Redza Syah Azmeer atau lebih mudah dipanggil Redza didakwa pernah berkahwin pada awal Januari 2010.
Namun, perkahwinannya itu hanya bertahan dalam masa yang singkat saja sehinggalah dia berjumpa dengan Irma sewaktu pasangan ini menunaikan umrah pada Februari lalu.
Sebelum itu, persoalan ini pernah ditanyakan pihak media sewaktu Irma mengikat tali pertunangan pada Mac lepas. Ketika majlis pertunangan itu, ibu kandung Irma pernah menafikan status menantunya itu yang dikatakan seorang duda berhias.
Dalam sesi soal jawab itu, ibu Irma difahamkan enggan mengulas lanjut mengenai soalan ini dan tidak mahu perkara ini dipanjangkan lagi.
Malah, ibu Irma disifatkan tidak mahu mengambil tahu dalam hal ini serta mahu anaknya bahagia.
Admin juga amat menghargai komen para pembaca yang mengatakan GAMBAR KAHWIN REDZA SYAH AZMEER DAN FARAH DIANA ADALAH MODEL PENGANTIN? mungkin ada juga betulnya kerana gambar berkenaan berlatar belakangkan studio.
No comments:
Post a Comment