Breaking

July 29, 2012

Berbuka Puasa Di Restoran Rebung, Bangsar. Selera Ala Kampung


Hujung minggu ini mungkin ada yang merancang untuk berbuka puasa bersama keluarga atau pun rakan-rakan di luar bukan? Sudah jumpa lokasi selera yang berkenan di hati? Kalau belum, jum ke Restoran Rebung, Bangsar. Restoran yang dimiliki oleh Dato’ Haji Chef Ismail ini memang terkenal dengan juadah menyelerakan dan sempena Ramadhan ini, Rebung menyediakan pelbagai masakan gaya kampung.
Masakan Nenda di Restoran Rebung, Bangsar

Dengan harga RM65.00 untuk dewasa dan kanak-kanak RM43.00 setiap seorang, anda boleh merasai makanan yang boleh mengimbau kembali saat-saat menjamu selera bersama nenda atau nenek di kampung halaman.
Sesuai dengan harganya, pilihan menu berbuka puasa di sini pelbagai dan percayalah anda akan rambang mata. Antara hidangan utama yang boleh dicuba ialah nasi putih, Nasi Minyak, Nasi Tomato, Nasi Beriyani, dan Nasi Kerabu yang boleh dimakan bersama pelbagai lauk-pauk seperti Daging Salai Masak Lemak Cili Padi, Asam Pedas Ikan Pari, Ikan Patin Tempoyak, Ayam Percik, Gulai Daging Kawah, Daging Dendeng, Rendang Ayam, Keli Berlado dan Daging Kicap Berempah.
Kalau tidak mahu menikmati hidangan nasi, bolehlah manjakan selera dengan menikmati hidangan pembuka selera seperti Laksa Penang, Bihun Sup Utara, Mi Kari, Mi Rebus, Soto Ayam, Rojak Buah, Murtabak, Tauhu Sumbat dan pelbagai cucur goreng. Satu lagu menu yang harus dicuba ialah Bubur Lambuk. 

Sebelum pulang, jangan lupa menjenguk ke kaunter manisan atau pemanis mulut. Ada banyak lagi yang boleh dicuba, itu pun kalau perut anda masih boleh diisi. Hendak tahu apa yang disediakan di kaunter ini?
Terdapat 12 jenis kuih-muih  Melayu, pelbagai jenis bubur, Pengat Pisang, Serawa Durian, dan banyak lagi.
Untuk pertanyaan dan tempahan, anda boleh menghubungi talian 03- 2282 4776 atau emailkan kepada chefrembau@yahoo.com
Fakta :
Lebih 100 juadah disediakan
Menu utama - 40 jenis
Pembuka selera – 20 jenis
Pemanis mulut – 30 jenis
Selebihnya hidangan sampingan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us