Breaking

July 22, 2012

Kadar Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA Terkini


Pengurangan pinjaman MARA

Kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi yang memohon pinjaman pelajaran MARA dan telah menamatkan pengajian, jangan lupa untuk memohon kadar pengurangan bayaran balik pinjaman pelajaran Mara. Permohonan tersebut adalah penting untuk mengurangkan kadar pinjaman pelajaran MARA anda.
Berikut adalah pointer(diploma/ijazah) bagi pengurangan kadar bayaran balik pinjaman pelajaran MARA.
3.50-4.00 : biasiswa
3.00-3.49 : bayaran balik 10%
2.50-2.99 : bayaran balik 25%
2.00-2.49 : bayaran balik 50%
(Nota: Kadar Pengurangan adalah berubah dari semasa ke semasa dan tertakhluk pada pihak MARA)
Syarat untuk memohon pengurangan bayaran balik pinjaman MARA:
i) Surat tawaran pinjaman bertarikh antara Januari 1985 dan ke atas
(Tidak termasuk tajaan mulai 01/01/1998 di peringkat Sarjana/PHD di dalam negara)
ii) Lulus Pengajian dalam tempoh tajaan MARA
iii) Permohonan perlu disertakan dengan salinan dokumen-dokumen berikut (yang telah disahkan benar) :
  • Transkip Penuh
  • Sijil Diploma/Ijazah/Sarjana/Profesional dan sebagainya (yang berkaitan)
Cara Buat Permohonan Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman MARA
1. Untuk membuat permohonan secara online, sila layari e-conversion MARA
2. Pelajar perlu mengisi maklumat dan hantar maklumat anda secara online.
3. Cetak Borang Permohonan dan Sertakan
i. Borang Permohonan
ii. Sijil Diploma/ Ijazah/ Sarjana/ PhD/ Profesional dan lain-lain (yang berkaitan)
iii. Transkrip rasmi
Sila hantar dokumen anda dalam tempoh 30 hari permohonan ke:
Bahagian Kawalan Kredit
Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA
21, Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur.


Sumber: Melvister.com 

6 comments:

Wahidah BME said...

Salam ukhwah. Terima kasih atas info ^^ Cmne nk follow blog ni ek. Hehehe..

feezah said...

salam.terima kasih info yang diberi.hanya ingin memastikan bagi kefahaman saya betul.

(Tidak termasuk tajaan mulai 01/01/1998 di peringkat Sarjana/PHD di dalam negara)

adakah pelajar sarjana yang meminjam selepas 1998 tidak dapat pengurangan?

Anonymous said...

hello admin, yang transkip penuh & sijil diploma 2 nk bagi salinan ke asli? jika salinan nk kne cop pengesahan ke x?

Unknown said...

Salam. untuk sarjana mcm mne?

Unknown said...

Mcm mne utk sarjana?

Unknown said...

Mcm mne utk sarjana?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us