Breaking

July 30, 2012

Berita Penuh: Dendam Suami Isteri Diperkosa, Perogol Tinggal Nota

Balas dendam dengan perkosa


KUALA LUMPUR: ‘Hidup kau tidak selamat, aku pasti kau mati.’ Itu kandungan nota ditinggalkan dua lelaki selepas menodai seorang wanita berusia awal 20-an di rumahnya di Bandar Teknologi Kajang, di sini. Dalam kejadian jam 3.30 petang Jumaat lalu, itu, dua lelaki berusia 30-an terbabit dipercayai meninggalkan nota berkenaan untuk ditujukan kepada suami wanita itu yang tiada di rumah. Sumber berkata, ketika kejadian mangsa yang bersendirian di rumahnya berada dalam bilik air untuk mandi.

“Mangsa terkejut apabila melihat dua lelaki tidak dikenalinya berada di rumah.
Belum sempat menjerit meminta bantuan jiran, dua lelaki terbabit mengeluarkan senjata lalu mengugut untuk mencederakannya.
“Bimbang dengan ugutan berkenaan, mangsa mendiamkan diri sebelum kedua-dua tangan dan kaki diikat manakala mulutnya ditutup dengan kain,” katanya.

Menurutnya, dua lelaki terbabit merogol mangsa bergilir-gilir sebelum melarikan diri dengan meninggalkan nota berkenaan. Mangsa yang berjaya membuka ikatan di tangan segera menghubungi suaminya sambil menangis. Dia bagaimanapun tidak mampu memberitahu kejadian menimpanya itu kepada suami sebelum menamatkan perbualan. Mendengar cerita isterinya, suaminya yang berada ditempat kerja menghubungi jirannya bagi meminta bantuan.

Kira-kira 10 minit kemudian, suami mangsa dihubungi jiran berkenaan yang memaklumkan isterinya ditemui dalam keadaan lemah dan ada bahagian badannya yang masih terikat "Mendengar penjelasan itu, suaminya bergegas pulang ke rumah. Selepas mangsa menceritakan hal sebenar kepada suaminya, si suami memeriksa seluruh rumah tapi tiada barang yang hilang. Pemeriksaan lanjut mendapati pintu belakang rumah dipecah dipercayai oleh dua lelaki itu untuk memasuki rumah berkenaan.


Suami mangsa menemui satu nota ditinggalkan di hadapan pintu. Mangsa kemudian membawa isterinya membuat laporan polis di Balai Polis Kajang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us