BAGI wanita moden, selain sepasang baju kurung atau kebaya, kebanyakan mereka inginkan kelainan dalam penggayaan. Mengambil inspirasi daripada potongan kebaya dipadankan pario, maka lahirlah konsep Raya Urban ilham koleksi daripada Allya Mysara Couture yang diangkat menjadi tema kepada himpunan raya musim ini.
Keindahan kebaya menggunakan fabrik sifon bersulam dipadankan kain berpotongan pario tentunya menjadikan penampilan wanita lebih istimewa, apatah lagi apabila penggayaan tudung menggunakan ikatan serban yang memberi kelainan kepada si pemakai.
No comments:
Post a Comment