Breaking

November 25, 2010

Seribu Kali Cinta Slot Akasia TV3 | Sinopsis Drama Seribu Kali Cinta

Salam semua, arini me nak citer sikit drama terbaru di Slot Akasia Seribu Kali Cinta yang sedang ditayangkan di tv3 bermula 15 November 2010 lalu, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.30petang. 






SINOPSIS


Drama cinta romantis ini menggandingkan pasangan kekasih, Kamal Adli dan Intan Ladyana mengisahkan kesungguhan Nizam (Kamal Adli) dalam membuktikan cintanya terhadap kekasihnya, Miasara (Intan Ladyana) yang mengalami sindrom Amnesia.

Nizam pada asalnya mahu bercuti di Pulau Aman telah terpikat dengan Miasara di situ. Walaupun mereka serasi bersama namun apa yang dilakukan oleh Miasara pada hari ini akan dilupakan pada hari keesokannya. Justeru, Nizam hanyalah seorang yang tidak dikenali bagi Miasara apabila menjelang pagi esok.

Ayah Nizam, Hisyam mendesak Nizam agar pulang ke Kuala Lumpur bagi menguruskan syarikat beliau. Baginya, Nizam masih belum matang dan serius dalam hidupnya. Ibu bapa Miasara juga tidak yakin dengan hubungan Nizam dan Miasara lalu mereka pun menasihatinya agar melupakan hasrat untuk mengahwini Miasara.

Nizam tekad untuk mencintai Miasara dengan sepenuh hati walaupun dia perlu melafazkan seribu kali cinta kepada gadis idamannya. Bagi membantu memulihkan ingatan Miasara, Nizam telah merakamkan hubungan mereka. Miasara terharu dengan kesabaran Nizam namun masih tiada perubahan dalam memulihkan keadaannya.

Nizam tidak sanggup untuk meninggalkan Miasara. Dia yakin dengan naluri hatinya dan amat menyayangi Miasara. Apakah Nizam sanggup memikul tanggungjawab sebagai seorang suami yang terpaksa melayan karenah isteri yang akan melupakan siapa dirinya setiap pagi? Saban hari, Nizam perlu mengulangi perbuatannya bagi memenangi hati Miasara. Dia amat mengharapkan bahawa dapat melihat senyuman manis dan teguran Miasara pada setiap pagi dan bukannya takut, bingung dan kekalutan.

sumber: Budiey.com


Drama 24 episod ni dibintangi ramai pelakon terkenal, jalan cerita juga menarik. so jangan lupa menonton ya :)

2 comments:

azwa amani said...

mcm best jer citer ni...ske intan.. :) kiut.. :P

shekechik said...

xtgk ag ni..nnt blik umah nak layan jgak la..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us