Breaking

November 25, 2010

Putera Katak Di Slot Lagenda TV3 | Sinopsis Drama Putera Katak







Salam semua, kepada penggemar cerita melayu satu drama terbaru di slot Lagenda TV3 Putera Katak yang diadaptasi daripada cerita dongeng “The Frog Prince” akan ditayangkan mulai 29 November 2010, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.30petang. nak tahu ape yang menarik dalam drama Putera Katak jum baca sinopsisnya...

SINOPSIS

Drama terbaru di slot Lagenda ini akan membawa para penonton ke alam fantasi dan magis Putera Amar dalam menemui cinta sejatinya dalam membebaskan diri daripada sumpahan.

Putera Amar (Zizan Nin) telah disihirkan oleh kekasihnya, Puteri Zadora (Bia Rameshan) yang kecewa apabila Putera Amar tidak menjelma menjadi manusia walaupun sudah diberikan ciuman. Lantas, Putera Amar dibuang ke bumi dan terpaksa menjalani kehidupan sebagai katak selamanya. Amar (katak) dibela oleh Trisha (Nora Danish), seorang pencinta haiwan. Amar tetap optimis bahawa dia akan menjadi manusia semula kerana cinta suci akan memulihkan dirinya suatu hari nanti.

Lima tahun berlalu, Puteri Zadora sedar bahawa sihir kakaknya, Puteri Ixora (Norseha) telah menghalang Putera Amar untuk kembali menjadi manusia. Maka, Puteri Zadora telah menghantar panglimanya, Zamir (Fazreen Rafi) untuk menjejaki Putera Amar untuk dibawa balik ke planet Zadora. Zamir berjaya menemui Putera Amar tetapi Amar enggan pulang kerana masih perbuatan kejam Puteri Zadora masih menghantuinya. Putera Amar yakin bahawa Trisha yang sangat menyayanginya (katak) ialah cinta sejatinya. Setelah Puteri Ixora mengetahui tentang rancangan Puteri Zadora, dia telah datang ke bumi untuk membunuh Amar. Bagaimanakah Putera Amar dapat memberitahu Trisha tentang identiti sebenarnya? Adakah mereka ditakdirkan untuk bersama?

sumber:Budiey.com

Siri drama yang mempunyai 20 episod tersebut membariskan pelakon-pelakon popular seperti Nora Danish, Zizan Nin, Fazren Rafi, Norseha, Bia Rameshan, Kaza, Puteri Sarah, Haniff Karamdin, Liza Abdullah, Hamidah Wahab, Mak Jah dan ramai lagi.

@: Nora danish tak sewai gan rambut blonde

1 comment:

azwa amani said...

huhuhuh..gelinyerr..besau nyer katak.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us