Breaking

November 1, 2010

Lagi Berita Kemalangan Maut Di Km38 Genting Sempah

Bile berlaku kemalangan, semua pihak saling menuding jari menyalahkan yang lain. cube nak lepas tangan dan tak mahu bertanggungjawab. siapa yang jadi mangsa? mestilah mangsa yang telah terkorban dan keluarga mangsa sendiri. ini adelah kenyataan yang dikeluarkan oleh pemandu bas yang terlibat dalam kemalangan tempoh hari.

mStar: Pemandu bas yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 38 Genting Sempah yang meragut tujuh nyawa Jumaat lepas, memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak, terutama keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas itu. Menyesali dan mengakui kesilapannya, S. Muthumani, 36, mendakwa kemalangan ngeri itu berpunca daripada brek bas yang rosak.

Lelaki itu juga mendakwa dia memang memiliki lesen memandu, tetapi telah digantung oleh Jabatan Pengangkutan Jalan yang mendapati dokumen itu tidak sah atau lesen terbang, dan ini menyebabkan dia tidak boleh memperbaharuinya. Suspek turut mendakwa syarikat bas berkenaan mengetahui bahawa dia tidak memiliki lesen memandu, namun tetap memintanya membawa bas berkenaan.

Ternyata pemandu cuba menyalahkan syarikat bas yang memaksanya memandu tanpa lesen. Belum lagi kite dengar dari mulut syarikat bas pula pasti akan menyalahkan pemandu itu sendiri. Sebenarnya kedua-dua pihak harus bertanggungjawab atas keselamatan penumpang bukan sekadar untuk mengaut keuntungan.

@: dah takut nak naik bas sekarang

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us