Breaking

August 8, 2012

Kad Diskaun: 1M Privilege Card Untuk Polis Dan Tentera

ad Diskaun: 1M Privilege Card Untuk Polis Dan Tentera
Sekarang semua benda nak bagi diskaun, Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) la, dan yang terbaru 1M Privilege Card untuk polis dan tentera. Agak-agak relevan tak tindakan kerajaan ni nak bagi kad diskaun bagai? Kalau ada kad diskaun sekalipun tapi harga barangan semakin naik tiada guna juga. Lagi satu 1M Privilege Card Untuk Polis Dan Tentera hanya boleh digunakan di 20 syarikat yang mengambil bahagian. Berapa kerat lah sangat anggota polis dan tentera yang boleh manfaatkan kad tu kalau company yang menerima hanya 20 buah! Tak kira di Sabah dan Sarawak lagi, entah ada ke tak kalau ada pun mungkin satu dua syarikat saja.
Berita penuh: PUTRAJAYA - Sebagai menghargai sumbangan jasa serta bakti anggota polis dan tentera, kerajaan memperkenalkan satu lagi inisiatif terbaharu bagi meringankan beban mereka dengan melancarkan 1Malaysia Privilege Card khusus untuk 241,000 anggota dan pegawai kedua-dua pasukan itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan 6 (NBOS 6) itu membolehkan pemegang kad berkenaan mendapat diskaun antara lima dan 25 peratus daripada harga produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh kira-kira 20 syarikat yang mengambil bahagian.
Beliau berkata, ia bertujuan memberi manfaat kepada warga Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia, yang dirujuk beliau sebagai kumpulan 'Wira Yang Tidak Didendang'.
Ia merupakan lanjutan kepada strategi NBOS 6 yang berkisar kepada kerjasama unik antara pelbagai jabatan serta agensi kerajaan yang diperkenalkan Malaysia, khusus untuk manfaat rakyat dan negara.
"Mudah-mudahan kad ini dapat digunakan untuk menambah lagi kuasa membeli atau pendapatan boleh guna rakyat," katanya semasa berucap pada majlis pelancaran kad itu serta portal 1Malaysia Privilege Card www.1mprivilege.my di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini semalam.
Turut hadir pada majlis pelancaran itu ialah Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Inisiatif menerusi strategi NBOS 6 itu menyaksikan kerjasama antara tiga kementerian berkenaan yang membolehkan pemegang kad tersebut menikmati diskaun dalam pelbagai perbelanjaan. Ia meliputi barangan keperluan harian, alat sukan, alat ganti kenderaan, perhotelan dan barangan kesihatan yang mana senarai syarikat mengambil bahagian serta tawaran-tawaran mereka boleh disemak di portal berkenaan.
Perdana Menteri berkata, kerjasama tentera dan polis memberi banyak manfaat kepada negara dan beliau memberi contoh langkah dua pasukan keselamatan itu berkongsi tempat latihan rekrut, membolehkan kerajaan menjimatkan perbelanjaan bernilai ratusan juta ringgit.
@: KFC antara syarikat yang terima  1M Privilege Card ini

Senarai Syarikat/Kedai Yang Terima Kad Diskaun Polis Tentera [klik sini]

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us