Breaking

August 15, 2012

Shila Amzah Bertudung, Saya Orang Paling Gembira - Sharnaaz Ahmad

Saya Orang Paling Gembira - Sharnaaz Ahmad


Sharnaaz Ahmad, mengakui dirinya sangat gembira dengan penampilan terbaru Shila Amzah. Baginya, perubahan Shila itu membuktikan teman wanitanya itu semakin matang dan tahu apa yang terbaik untuk dirinya.

“Apabila Shila buat keputusan untuk berhijab, sudah pasti saya menjadi orang paling gembira.  Saya gembira kerana Shila melakukannya dengan kerelaan hati sendiri. Bukan kerana paksaan daripada keluarga, mahupun daripada saya. Shila buktikan dia boleh buat yang terbaik untuk dirinya. Sebagai teman lelaki, saya akan sentiasa beri sokongan kepada dia,” ujar Sharnaaz gembira.
Dalam gembira, Sharnaaz masih sempat berpesan kepada Shila supaya tidak menoleh ke belakang lagi. Ini kerana dia tidak mahu perubahan Shila itu bersifat sementara.

“Saya pesan kepada Shila, kalau hendak buat apa-apa, biar buat betul-betul. Jangan buat macam budak-budak yang tidak tetap pendirian. Lagipun dia kena ingat, umur seseorang itu akan terus  meningkat, jadi lebih baik fikir secara matang. Ini adalah proses untuk dia memperbaiki diri dan buktikan kepada mereka di luar sana bahawa dia boleh buat yang terbaik. Saya tahu ramai juga yang tidak yakin atau percaya dengan perubahan Shila ini. Paling penting, dia kena lakukan dengan sepenuh hati, “ ujar Sharnaaz lagi.

Ditanya sama ada dia sudah membawa Shila membeli koleksi tudung atau tidak, jejaka dari Pulau Pinang ini cepat-cepat menjawab sudah.

Telemovie raya
Dalam perkembangan lain, sempena  Aidilfitri ini Sharnaaz akan muncul dalam satu telemovie berjudul ‘Di Bawah Langitmu’ yang akan bersiaran di TV3 pada Hari Raya keempat, jam 4.00 petang. Sharnaaz memegang watak Osman, seorang lelaki panas baran dan kaki pukul. Kali ini dia bergandingan dengan Nora Danish sebagai pasangan suami-isteri.
Bercerita  tentang wataknya itu, Shanaaz memberitahu dia yakin penonton akan melihat Sharnaaz Ahmad yang berbeza dalam cerita itu. Jelasnya, ini pertama kali dia melakonkan watak yang memerlukan dia menjadi seorang yang sangat pemarah dan ditakuti oleh isteri.
“Saya rasa mesti ramai yang terkejut dengan lakonan saya nanti. Saya cuba lakukan yang terbaik supaya karektor saya nampak berbeza. Seronok bergandingkan dengan Nora Danish kerana dia sangat bagus dan memberi kerjasama yang  baik. Dia tidak kisah walaupun saya terpukul dia betul-betul untuk beberapa adegan,” ujar Sharnaaz yang kini sedang bercuti sehingga Raya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us