Breaking

August 15, 2012

NGORAT: Aaron Aziz Layan Korek Hidung


Aaron Aziz Layan Korek Hidung?
Aaron Aziz, pemenang anugerah Bintang Paling Popular 2011 Anugerah Bintang Popular Berita Harian, mencetuskan kontroversi apabila dia didapati sedang mencungkil hidungnya menggunakan sebuah pedang dalam keadaan berlumuran darah dan berpakaian seperti seorang pahlawan.

Namun tak perlu gentar kerana ia hanyalah satu aksi yang dipaparkan dalam filem terbaru lakonan Aaron berjudul Ngorat.

Padan dengan gambar yang agak sinikal, Aaron memainkan watak sebagai Arjuna Kasih, watak khayalan Ijam (Iedil Putra) yang diberikan masa 40 hari untuk mendapatkan seorang 'awek' atau dia akan bertukar menjadi lembut.

Filem terbitan Grand Brilliance yang akan menggegarkan panggung pada 4 Oktober 2012 ini turut dibintangi Erra Fazira, Nas-T, Zain Hamid dan Dira Abu Zahar.

NGORAT OFFICIAL TRAILER

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us