Breaking

August 14, 2012

AYU RAUDHAH BERTUDUNG KERANA CEMBURU DENGAN RITA RUDAINI

Rita Rudaini dan Ayu Raudhah

Hubungan Rita Rudaini dan suaminya umpama retak menanti belah. Hingga kini masalah rumahtangga mereka masih belum selesai di mahkamah. Rita Rudaini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa antara punca keretakan rumah tangga Rita Rudaini dan Aidil Zafuan adalah campurtangan pihak ketiga iaitu adik kembar suaminya Zaquan Adha dan juga isterinya Ayu Raudhah.

Nampaknya hubungan Rita Rudaini dengan Ayu Raudhah sememangnya agak renggang. Sebelum ini Rita Rudaini prenah mengeluarkan kenyataan bahawa dia akan bertudung sepenuhnya nanti. Menurut Rita sendiri;

 “Insya-Allah, suatu hari nanti saya akan berhijab. Terus-terang, saya ada terfikir untuk ke arah itu. Kalau boleh, biarlah saya bertudung atas kerelaan hati tanpa ada paksaan orang lain,” katanya dalam sebuah portal hiburan terkenal.

Namun, baru-baru ini AYU RAUDHAH mengesahkan yang dia kini bertudung. Adakah ini ada kaitan dengan kenyataan Rita Rudaini sebelum ini. Dan adakah Ayu Raudhah ingin mendahului Rita Rudaini untuk mengenakan tudung? Apapun berlumba-lumba ke arah kebaikan itu adalah amalan mulia yang harus dikongsi bersama. Tak gitu?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us