Breaking

June 24, 2012

Neelofa, Anzalna Dan Tasha Shila Berdamai

Sengketa antara tiga pelakon wanita terkenal tanah air, Neelofa, 23, dengan Anzalna, 23, dan Tasha Shilla, 25, mula menunjukkan perkembangan positif apabila ketiga-tiga aktres itu membayangkan hasrat untuk berdamai. Walaupun meletakkan syarat, tindakan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) selaku orang tengah menemui ketiga-tiga pelakon muda terbabit untuk mendapatkan penjelasan ternyata membuahkan hasil apabila masing-masing bersetuju untuk segera menyelesaikan kemelut itu. 

Saya tak kejam: Neelofa


Pelakon dan pengacara, Noor Neelofa Mohd Noor (Lofa), 23, ketika dihubungi Metro Ahad berkata, dia tiada masalah untuk mengakhiri persengketaan itu dengan syarat tuntutannya dipatuhi.

Bagaimanapun, katanya, dia belum menerima maklum balas notis tuntutan bukti yang dihantar peguamnya kepada Anzalna walaupun tempoh seminggu yang diberikannya berakhir Selasa lalu.

Lofa menerusi peguamnya pada 13 Jun lalu, menghantar notis menuntut Anzalna menunjukkan bukti terhadap dakwaan buruk mengenai dirinya yang disiarkan sisipan sebuah akhbar.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us