Breaking

June 18, 2012

Anzalna Tampilkan Bukti Dakwaan Ke Atas Neelofa


Menerusi BiPop semalam, Anzalna akhirnya menyahut cabaran Neelofa untuk mengemukakan bukti atas segala dakwaan yang telah dikatakan sebelum ini. Untuk makluman, Neelofa di dalam sidang media yang diadakan telah menghantar notis tuntutan supaya Anzalna menunjukkan bukti yang Neelofa mereka Facebook Page “Kami Benci Anzalna” dan tulisan menghina Anzalna di Facebook keluarga Neelofa.
anzalna bukti
Anzalna yang ditemuramah oleh Zubir berkata:-
Kini, saya perlu bekerjasama dengan SKMM untuk menemui penjelasan dan memperkukuhkan bukti berhubung semua dakwaan saya terhadap Lofa tempoh hari. Bagi saya, apa yang didedahkan menerusi BiPop tempoh hari adalah cerita betul, saya ada bukti. Cuma, beri saya waktu, insya-Allah dengan kerjasama SKMM akan memudahkan lagi proses penemuan bukti FB yang diminta pihak Lofa.
Anzalna turut mengatakan ada “print screen” semua bukti-bukti yang telah didedahkan. 
Saya akan sahut tuntutan mahupun cabaran pihak Lofa supaya saya memberi penjelasan, sekali gus menampilkan bukti yang diminta. Mudah-mudahan dengan kerjama SKMM segala bukti yang sudah dihilangkan mampu dikembalikan. Saya yakin dengan kemampuan SKMM dalam menangani masalah ini. Saya akan minta peguam untuk menghubungi SKMM supaya penjelasan bukti yang mereka(pihak Lofa) tuntut mampu diberikan dalam jangk masa yang ditetapkan. Saya akan berusaha sehingga bukti itu ditampilkan.
mcm agak mustahil SKMM boleh korek maklumat creator FB ni. ape kata tanya je kat mc Zuckberger..bukan mcd zinger burger

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us