Breaking

April 17, 2011

Norman Hakim, Memey dikenakan waran tangkap. serba salah katanya

Norman Hakim dan tunangnya, Memey Suhaiza dikenakan waran tangkap selepas gagal hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur baru-baru ini untuk sebutan kes khalwat tanpa sebarang notis kepada mahkamah.


menurut Memey die serba salah nak pergi. apesal pulak?

“Saya jadi serba salah, jika saya hadir juga ke mahkamah, ia akan menyusahkan pelakon lain dan kru produksi, sekali gus mengganggu sesi penggambaran memandangkan saya pelakon utama drama terbabit (Timah Labuci)

“Jangan salah faham, saya bukan sengaja tidak mahu ke mahkamah, tetapi apa saya boleh buat. Kedua-duanya penting, sama ada kes mahkamah dan berlakon, namun saya terpaksa mengutamakan kerjaya terlebih dulu,” katanya ketika dihubungi semalam.

“Saya sedar orang akan salah faham, kebetulan pula Norman (Mohamed Norhakim Zaidon, 35) turut tidak dapat hadir sama. Apapun, semua yang berlaku bukan kami sengajakan, ia berlaku disebabkan komitmen kami pada kerjaya,” katanya.


Norman pula menjelaskan, dia lewat hadir ke mahkamah kerana terbabit dengan program siaran langsung Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 untuk mempromosi drama terbarunya, Keranamu Laila, pagi kelmarin.

takkan lah tak boleh nak reserve kan tarikh nak pegi mahamah tu bukannye kerja 24/7 busy ngalahkan PM. menyusahkan orang laen je, yang kat court tu dah siap prepare tup2 orang yang nak dibicarakan tu tak hadir...huh sabor je lah (apesal emo neh ahaks)


@:hendak seribu daya sanggup tido serumah tak hendak seribu alasan pegi mahkamah taknak pula

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us