fuh dah macam blog politik gamaknye. actually tak lah berminat sangat nak ambil pusing pasal politik nih, masih under age katakan eheh..tapi memandangkan tiap hari kuar tv, paper nak juga tahu citer sebenarnya.
kes video seks ni melibatkan sorang pemimpim pembangkang, dan orang yang dimaksudkan tu yela...... (fill in the blank) sape dapat jawap banje eskem
dan yang menarik komen DS Wan Azizah mengenai video seks ini di blognya
Saya berkeyakinan bahawa pelakon itu bukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:
1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.
2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.
3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
4. Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat
@: papepon kes ni dah selesai, kpd yang 'berkenaan' mungkin disini anda lepas tapi disana nanti jawablah sendiri...pesanan masyarakat dibawa oleh ambooyats eheh
No comments:
Post a Comment