Breaking

April 30, 2011

21:24

(Gambar) Sazzy Falak, Maizawati, Rita Rudaini Selamat Melahirkan Anak

wah tahniah buat pasangan artis yang selamat melahirkan anak baru-baru ni. Sazzy Falak dan suami, Nash Idrus yang menyambut kelahiran anak kembar perempuan mereka pada 28 April 2011. pasti comel2 baby kembar ni, name pun sweet jek sorang diberi nama Iman Lilly dan seorang lagi Tiara Rose.





Maizawati pun telah selamat melahirkan anak pertamanya bersama suami barunya, Yassin. Anak lelaki maizawati ni diberi nama Muhammad Qhabel Izz Qhushairy.



Pelakon Rita Rudaini Mokhtar,35, juga mendapat anak kedua selepas dia melahirkan bayi seberat 2.75 kilogram di Pusat Pakar Perubatan Prince Court dekat sini, Jumaat. Bayi lelaki ni diberi nama Airit Rafqa Arjuna.



Anak Kedua Rita Rudaini
20:47

(GAMBAR) Majlis Pernikahan Zed Zaidi & Natalia

nampaknya tarikh perkahwinan Putera William dan Kate Middleton turut dikongsi bersama Zed Zaidi, 31 yang selamat diijab kabulkan dengan kekasih hatinya Natalia Halimatun Mustapha Kamal, 28 malam tadi.

Zed Zaidi Sah Bergelar Suami Di Perkahwinan Diraja


Zed Zaidi & Nelly Natalia Nikah


Zed Zaidi & Nelly Natalia Nikah


Zed Zaidi & Nelly Natalia Nikah






Pihak perempuan menerima mas kahwin secara tunai sebanyak RM300, hantaran bernilai RM20,000 dan juga tujuh dulang hantaran berbalas 11 dulang hantaran kepada pihak lelaki.

Antara hantaran yang diterima Zed Zaidi ialah kitab Al-Quran, kamera Canon SLR, komputer riba Toshiba, wangian badan Davidov, jam tangan French Connection, MP5, sirin junjung dan tidak ketinggalan sebentuk cincin.

Manakala hantaran berbalas dari pihak lelaki kepada perempuan adalah seperti Al-Quran, sirih junjung, peralatan solek Chanel, kacamata Prada, tas tangan Dior, set wangian Lanvin dan juga manisan.


@: tahniah yerr...semoga berkekalan


April 25, 2011

17:31

Salma Juara Mentor 5

Protege didikan Erra Fazira dalam Mentor 5, Salma nampaknya makin menyerlah berbanding persembahan protege lain. pendek kata salma bakal menjuarai Mentor 5, so tak hairan lah sebab suara Salma memang mantep!


apa kata Erra;
"Kalau Salma boleh setanding dengan Azlan, bagi saya dia sudah berjaya memuaskan hati. Saya pilih lagu Jeritan Batinku kerana lagu yang dinyanyikan semula oleh Azlan itu sedang in sekarang dan Azlan sedang popular dengan lagu itu. Kiranya ini win and win situationlah," 

@: teringat lawak majalah ujang, nak jadi penyanyi punya pasal nama selamah jonet tukar jadi sally john
17:01

Amran Ismail Dan Anding AF Pasangan Gay?

wah panas seketika isu Anding dan Amran memadu kasih nun jauh di seberang lautan baru-baru ini. Mereka turut bersama dengan seorang laki pelakon baru yang kononnya berbulan madu dengan pasangan songsangnya. Ada yang ternampak kelibat mereka berparti sakan.

tapi betul ke? kadang2 press ni suka bikin kontroversi nak hangatkan cerita. apa komen Amran?

"Saya baru sahaja menanda tangani perjanjian dengan syarikat MIG minggu lepas, dan pihak MIG meminta agar saya tidak memberi sebarang komen terdahulu tentang perkara ini sebelum mereka melakukan sebarang sidang media minggu hadapan.
"Namun secara peribadi, saya memang terkejut dengan apa yang dilaporkan semalam, seluruh peminat dan ahli keluarga menghubungi saya untuk bertanya tentang perkara ini, namun saya tidak boleh membuat sebarang penjelasan sekarang.
"Subhanallah, Nauzubillah, perkara ini sangat memalukan dan ia satu fitnah yang besar dalam hidup saya. Jujurnya, saya tak berani nak komen lanjut kerana sebagai orang islam, saya tidak boleh menuduh sebarang orang yang menjadi penyebab dan penyebar cerita ini.
"Apa yang boleh saya katakan, saya harap peminat dan keluarga memihak pada saya dan memberi semangat untuk meneruskan kerjaya dalam bidang ini,"jelas Amran.
“Sejak dahulu saya seringi di ganggu oleh orang yang tidak dikenali, setiap hari ada yang menelefon saya, mengajak untuk melakukan seks. Saya terkejut dan bila disiasat, rupanya ada orang lain yang menggunakan nama dan gambar saya di laman web songsang.
“Setiap hari saya diganggu dengan kiriman sms yang mengajak saya melakukan hubungan songsang, dan semua mesej-mesej yang dihantar masih berada di dalam simpanan saya, jika perkara ini berlarutan, saya akan buat laporan polis untuk menyiasat tujuan sebenar mereka


@: tak baek sebar fitnah taw...doseee :P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us