HONOLULU - Seorang hakim persekutuan di Hawaii semalam membenarkan seorang lelaki Amerika Syarikat (AS), Craig Smallwood menyaman sebuah syarikat pengeluar Korea Selatan kerana menyebabkannya ketagih permainan komputer.
Hakim daerah Alan Kay berkata, lelaki berusia 51 tahun itu berhak meneruskan saman terhadap NCSoft Corp. yang mengeluarkan permainan Lineage II sehingga menyebabkan mangsa ketagih bermain lebih 20,000 jam sejak 2004 lalu.
Keadaan itu mengakibatkan dia terpaksa bergantung hidup kepada permainan tersebut serta gagal menguruskan diri seperti tidak mampu lagi berpakaian, mandi, berbual dengan keluarga dan rakan seperti kebiasaannya.
Mangsa mendakwa, firma komputer itu tidak pernah mengeluarkan amaran bahaya ketagihan secara psikologi akibat daripada permainan tersebut.
p/s: ada jugak y sampai jadi camni
2 comments:
teruk2. aku paling tak suka game pelik2 macam kat gambar tuh.
apa la yg bestnye
fon: tu la pasal
kalo dulu game y ak suke pac man hee...
tp versi skg xsme cam dolu2
tak sonok dh nk main
Post a Comment