Breaking

August 12, 2010

Drama Arahan Mawi Kena Sabotaj?


Ramai dah tahu kan yang Mawi sekarang dah pun bergelar pengarah. Apa tidaknya, dia dah pun berjaya mengarahkan drama Pak Nil Mak Kirim Salam terbitan syarikat produksinya sendiri, Mawi World Sdn Bhd.

Mawi memang cukup teruja apabila memperkatakan tentang drama pertama arahannya ini. Al-maklumlah, jalan cerita serta skrip melibatkan kisah benarnya sendiri.
Malah, apa yang membuatkan Mawi terharu ialah apabila ramai selebriti handalan yang sanggup terima tawaran Mawi untuk membintangi drama ini walaupun hanya untuk satu babak.
Lebih mengharukan bila pengacara hebat Aznil Hj Nawawi pun sudi terima tawaran Mawi untuk menjadi teraju utama dalam drama ini. Padahal siapa yang tak kenal Pak Nil. Dia bukan saja asyik bz memanjang tetapi jadual kerjanya juga sentiasa padat.

Sungguhpun gembira dengan penglibatan Pak Nil serta barisan artis undangannya yang lain, namun ada juga satu perkara yang telah membuatkan Mawi sedikit frust atau kecewa.
Dengan tidak disangka-disangka empat babak di dalam drama itu tidak boleh digunakan disebabkan masalah teknikal yang terdapat pada cakera padat yang memuatkan keempat-empat babak tersebut.
Yang peliknya, kejadian yang berunsur masalah teknikal seperti ini memang jarang sangat berlaku, malah susah nak berlaku. Hai, takkan ada unsur-unsur sabotaj kot?

Apapun, dengar pihak Mawi sendiri pun tak dapat menjelaskan bagaimana tercetusnya masalah teknikal tersebut. Namun, ketiadaan empat babak tersebut sedikit-sebanyak mendatangkan kesan jugalah.
Sebabnya, empat babak tersebut memiliki kesimambungan yang terdapat di dalam keseluruhan drama tersebut. Jadi, mahu tidak mahu terpaksalah Mawi berserta team produksinya menggunakan kepakaran mereka untuk membuat suntingan supaya drama itu tidak akan nampak cacat celanya.

@mbyts: ape-ape je la mawi, memang tak minat kat die :(

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us