Breaking

January 3, 2013

Johan tidak lagi beraksi Maharaja Lawak Mega, Ligamen Kaki, Meniscus Koyak


Johan tidak lagi beraksi Maharaja Lawak Mega, Ligamen Kaki, Meniscus Koyak. Dalam debaran menanti isterinya melahirkan anak yang ketiga, Johan yang sedang rancak beradu nasib dalam Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM) bersama Zizan baru saja selamat menjalani pembedahan di bahagian lutut pada 29 Disember lalu.
Ligamen Kaki, Meniscus Koyak, Johan Kena Berehat!
Atas alasan itu, Johan dinasihatkan doktor agar bercuti selama tiga hingga enam bulan serta tidak dibenarkan beraksi dalam MLM.
Berkongsi situasi yang menimpa suaminya itu, Ozlyn yang sarat mengandung memberitahu Johan kini sedang dirawat di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur dan masih menerima ubat tahan sakit.
"Dia sudah lama sakit. Ligamen dia sudah putus manakala meniscus dia pula koyak. Ini semua disebabkan dia kerap main futsal dan terlalu aktif. Doktor pun memberitahu saya bahawa sakitnya itu sudah pun lama.
"Sekarang ini, Johan terpaksa berehat tiga hingga enam bulan. Malah, dia masih terima ubat tahan sakit dan sedang menjalani fisiotrapi. Setakat ini, doktor tidak benarkan dia sertai MLM. Jika dia mahu, dia perlu membuat rakaman MLM di hospital. Sekarang ini pun, kaki dia masih lagi bengkak," katanya kepada murai.com.my.
Sungguhpun berada dalam keadaan sakit, Johan nyata masih sempat menyembunyikan perasaan sakitnyaitu.
"Saya sihat cuma kaki saya saja sakit. Bila sakit menyerang, saya akan meracau untuk menahan kesakitan. Sebenarnya, ligemen kaki saya sudah putus. Ia berlaku tiga hari sebelum MLM minggu lalu, peha saya terpusing dan waktu itu, ligemen saya dah putus dan Meniscus koyak.
"Sekarang, saya sedang menjalani rawatan dan kena jaga kesihatan. Tidak guna kalau saya tetap di MLM dengan ketepikan kesihatan saya. Kalau ada rezeki saya di MLM, adalah.Saya tidak mahu meraih simpati. Saya yang ingin jalani pembedahan untuk jaga kesihatan saya.
"Ini adalah ujian dari Allah. Saya perlu sihat untuk keluarga saya. Lebih-lebih lagi buat isteri saya yang sedang menunggu waktu bersalin. Saya kena sihat untuk dia dan ini adalah tanggungjawab saya sebagai ketua keluarga," ujarnya.

1 comment:

Nasir said...

rilek atas katil plak yer johan noo...hehehe
moga cepat sembuh

Jana Income Sampingan Berganda Dengan EnSurvey

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us