KUCHING – Mendiang pahlawan negara, Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau disemadikan dengan penuh penghormatan negara di Makam Pahlawan di sini pada pukul 4 petang semalam.
Upacara tersebut yang dihadiri kira-kira 3,000 orang bermula pada pukul 1.30 petang di Gereja St. Thomas Cathederal dalam cuaca mendung dan diselubungi suasana sayu.
Terdahulu, keranda mendiang ditempatkan di Dewan Suarah, Jalan Taman Budaya di sini bagi membolehkan orang ramai memberi penghormatan terakhir.
Keranda yang membawa mendiang itu diusung ke makam tersebut oleh lapan anggota tentera yang terdiri daripada Pegawai Waran 1 (PWI) mewakili tiga perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia diketuai PWI Michael Awie.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui hadir memberi penghormatan terakhir mewakili kerajaan Persekutuan manakala kerajaan negeri diwakili Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang
No comments:
Post a Comment