Breaking

January 4, 2013

BANTUAN PERSEKOLAHAN RM100 MULA DIBAYAR 15 JANUARI 2013

Bantuan Persekolahan RM100 Mula Dibayar 15 Januari 2013 | Ini pula perkembangan mengenai pembayaran bantuan sekolah RM100. Bantuan RM100 ini adalah kali kedua yang dilaksanakan oleh kerajaan. Pemberian bantuan ini dilakukan meliputi semua pelajar sekolah rendah dan menengah tanpa mengira pendapatan keluarga. Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi telah mengumumkan, pembayaran bantuan persekolahan sebanyak RM100 akan disalur kepada pelajar bermula 15 Januari 2013 ini.

Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100

Bagaimanapun, beliau telah mengingatkan pada pihak sekolah agar tidak membuat sebarang potongan atau sebagainya keatas duit bantuan ini. Menurutnya pihak kementerian telah mengeluarkan surat pekeliling mengenai perkara tersebut kepada semua sekolah.
“Duit RM100 ini mesti diserahkan kepada ibu bapa pelajar berkenaan. Sama ada ibu bapa nak guna duit ini nak bayar yuran PIBG (persatuan ibu bapa dan guru), itu hak mereka…tapi pihak sekolah tidak ada hak untuk potong lebih awal. Jadi, kita tidak mahu lagi dengar aduan daripada ibu bapa di mana pihak sekolah mengenakan bayaran terhadap ibu bapa yang menerima bantuan ini,” katanya dalam laporan berita semalam.
Selain sekolah kerajaan yang mempunyai lima juta pelajar, bantuan tersebut turut diagih kepada pelajar sekolah lain seperti sekolah jenis kebangsaan, persendirian dan agama. Bagi ibu bapa yang tidak mahu mengambil bayaran tersebut, mereka boleh memulangkannya kepada sekolah yang mesti mengembalikannya kepada Kementerian Pelajaran.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us