Breaking

August 11, 2019

Replika Buku Bangunan DBP Perlu Dirobohkan Selepas 20 Tahun, Ini Sebabnya!

Baru-baru ini telah kecoh di media sosial apabila mercu tanda pada bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dirobohkan. Terdapat banyak spekulasi yang dibuat dan ada yang mengaitkan ia dengan unsur politik.
Akan tetapi, replika tersebut yang sudah hampir 20 tahun menjadi identiti dan mercu tanda bangunan DBP akan dirobohkan atas faktor keselamatan. Isu ini telah mendapat perhatian netizen dan pastinya ada yang inginkan bukti bahawa replika tersebut telah uzur.
Apa masalah dengan 'rehal' di atas bumbung bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka? Kenapa hendak dirobohkan? Ada arahan daripada sesiapa?
View image on TwitterView image on Twitter
934 people are talking about this
Replika di atas Menara DBP ialah buku atau rehal?

Jawapannya BUKU. Itu reka bentuk sebuah BUKU TERBUKA (Open Book) seperti yg dijelaskan oleh arkiteknya mendiang Lee Yoon Thim.

Sudah2lah puaka2 UMNOPAS nak kaitkan dgn spin agama utk hasut org Muslim.
View image on TwitterView image on TwitterView image on TwitterView image on Twitter
729 people are talking about this
Berikutan itu, seorang pengguna Twitter Amirul Radzi telah berkongsi gambar keadaan sebenar struktur buku rehal di atas bangunan itu selepas dirinya melakukan ‘inspection’ baru-baru ini.
Jika kita lihat menerusi perkongsian gambar oleh Amirul, kita dapat lihat keadaan replika tersebut yang uzur dan pastinya akan mendatangkan bahaya kepada orang ramai kelak. Bayangkan jika tiada sebarang tindakan sekarang dan tiba-tiba replika tersebut runtuh, lalu mencederakan ramai orang?
Malah, Amirul juga mengatakan bahwa pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) pernah meletakkan tension cable supaya struktur bangunan tersebut bertahan namun keadaan cable tersebut telah menjadi tegang dan bahaya. Langkah yang terbaik supaya tidak wujudnya sebarang kejadian yang tidak diingini ialah membuangkan kesemua mercu tanda itu.
Diharap netizen tidak lagi akan mempolitikkan perkara ini kerana replika tersebut akan dirobohkan atas faktor keselamatan dan bukannya faktor kepentingan mana-mana pihak yang lain.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us