Jika sebelum ini seorang guru berusia 23 tahun, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) LKTP Tersang, Raub, Pahang, Jessica Robert viral disebakan memiliki wajah cantik persis model. Terbaru, seorang guru yang dikenali sebagai cikgu Zulaikha, berjaya mencuri perhatian netizen apabila dia menerima 15 surat cinta dan pick-up line daripada anak muridnya.
Dah dapat 15 surat cinta!
I love kids so much
Menerusi laporan Mstar, Zulaikha memberitahu bahawa dirinya sering kali menerima surat cinta daripa anak muridnya sejak menjalani latihan mengajar di dua buah sekolah rendah bermula Mac lalu. Tambahnya, dia amat kagum dengan keberanian salah seorang anak muridnya di sebuah sekolah di Negeri Sembilan.
Ini bukan pertama kali dapat, kalau campur dua sekolah total 15 surat. Tapi setiap kali dapat surat cinta saya rasa kelakar dan terharu jugalah sebab murid-murid minat dan suka dengan saya. Saya tak ambil serius pun sebab mereka masih budak-budak lagi dan tak tahu apa-apa. Walaupun ayat murid-murid tu macam kurang sopan tapi mereka masih lagi hormat saya sebagai guru.Saya kagum sebab kecil-kecil lagi dah berani bagi saya surat dan pandai menulis pantun. Mula-mula tu terkejutlah tapi lepas baca surat tu saya tergelak non stop. Surat tu kelakar. Dia siap sellotape kertas tu jadi panjang. Setiap kali terserempak dengan saya dia akan salam saya dan beri senyuman lebar. Jumaat 9 Julai adalah last day saya mengajar. Dia datang dan salam saya sebelum balik, lama dia lambai dekat saya. Sedih pula nak berpisah dengan dia dan murid-murid lain.
Jodoh belum lahir lagi
Rata-rata netizen terhibur dan turut berkongsi kenangan mereka semasa di bangku sekolah selepas membaca perkongsian Zulaikha di Twitter. Perkongsian tersebut telah mendapat 14k likes dan 15k retweet.
No comments:
Post a Comment