Baru sahaja selamat melahirkan anak ketiganya, Adira dan suaminya, Datuk Red tampil menafikan gosip penceraian mereka yang sedang hangat bertebaran. Desas-desus bahawa Adira telah diceraikan oleh Datuk Red ketika sedang hamil di mana penyanyi itu dikatakan hadir ke kamar mahkamah telah ditulis di sebuah ruangan gosip portal hiburan, menyebabkan netizen kecewa sekiranya ia benar-benar berlaku. Namun hari ini semua pihak boleh menarik nafas lega kerana ternyata perkara tersebut tidak terjadi kepada Adira.
Menurut Adira, dia ada terdengar gosip tersebut namun tidak mengambil serius hal tersebut kerana ia boleh memeningkan kepalanya. Kata Adira:-
Saya ada dengar cerita ini dan ramai juga yang menyebut nama saya. Walaupun gosip itu tidak menyatakan siapa artis wanita itu, tapi ramai yang membuat spekulasi ia adalah saya.Saya sebenarnya malas nak bercakap perkara sama berulang kali terutama gosip remeh dan berita yang sengaja direka untuk melemahkan saya. Dari dulu sampai sekarang, saya takkan layan dan buat tak tahu saja.Saya tidak mahu memeningkan kepala memikirkan perkara yang tak betul. Biarlah orang nak cakap apa, yang penting saya dan suami tahu kebenarannya
Malah Adira menegaskan yang suaminya, Datuk Red adalah seorang suami yang bertanggungjawab. Kata Adira lagi:-
Tipulah kalau sepanjang berkahwin tak pernah gaduh dan berselisih pendapat. Kata orang, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.Bagi saya, ia perkara biasa dalam perkahwinan dan dilalui oleh semua pasangan. Cuma, dalam kes saya tidaklah sampai nak bercerai berai. Suami masih menjalankan tanggungjawabnya. Paling penting sekarang, saya mahu fokus pada anak yang baru lahir, diri dan keluarga
Malah Datuk Red juga tampil menafikan spekulasi tersebut dan menganggap ia adalah satu khabar angin mengarut. Datuk Red juga telah bersumpah dengan nama Allah yang dia tidak pernah menceraikan Adira:-
Saya bersumpah dengan nama Allah, saya tidak buat perkara itu. Sangat terkejut depan apa yang diperkatakan. Saya masih waras untuk buat semua ini. Selagi saya ada kudrat dan bernyawa, saya akan terus menjaganya dengan anak-anak
No comments:
Post a Comment