Punca sebenar dakwat kekal PRU 13 mudah hilang akibat kesilapan petugas SPR. Kegagalan untuk mematuhi prosedur penggunaan dakwat tersebut adalah penyebab dakwat itu boleh tanggal. Botol dakwat yang tidak digoncang akan menyebabkan dakwat silver nitrate hilang dengan begitu mudah.
SPR membuat beberapa ujian semalam dan hasilnya jari mereka yang telah dicalit dengan dakwat kekal yang botolnya digoncang lebih kekal dakwat itu di jari mereka dibandingkan dengan botol yang tidak digoncang.
Oleh itu, SPR akan meneruskan penggunaan dakwat kekal pada 5 Mei 2013 selaras dengan kehendak undang-undang yang sedang berkuat kuasa. SPR telah menerima maklumat berlaku penyebaran gambar melalui laman sosial mengenai pen dedahan oleh seorang pengundi awal bahawa dakwat kekal yang dicalit pada jarinya mudah hilang dengan membasuh jarinya.
1 comment:
spr should take
action against the worker who didn't shake the bottle
Post a Comment