Sempena hari ibu yang jatuh pada 12 Mei semalam, Fasha Sandha telah meraikan hari bersejarah tersebut bersama keluarga mertuanya, di Kyoto Lab@The Pool, Kuala Lumpur.
Memandangkan ini merupakan tahun pertama Fasha bergelar ibu, oleh itu pelakon tersebut melahirkan rasa gembira dan menceritakan serba sedikit mengenai perubahan yang dialaminya setelah bergelar ibu buat putera tercinta, Rayfal.
Dalam pada itu, menerusi laman Instagram milik Fasha, aktres tersebut telah turut merakamkan ucapan terima kasih dan Selamat Hari Ibu buat mamanya tersayang.
Berikut kami lampirkan beberapa foto Fasha sewaktu menghadiri acara makan malam Hari Ibu bersama keluarga mertuanya.
Kenangan manis Fasha bersama keluarga Jejai.
Putera Rayfal nyenyak dalam pelukan nenek tersayang.
Koleksi foto Fasha bersama Mama dan adik beradiknya.
Untuk semua peminat Fasha, jom layan lagi 6 foto pelakon tersebut selepas ini.
No comments:
Post a Comment