Penjelasan SPR isu dakwat kekal boleh hilang dan ditanggalkan di jari pengundi. Menurut SPR, walaupun kesan dakwat boleh dihilangkan di Kuku, namun masih jelas kelihatan di kulit. Dakwat kekal yang diperbuat dari silver nitrate itu akan meresap kedalam kulit jari pengundi dan kesan warna dakwat kekal tersebut kelihatan selama 7 hari. Isu yang baru dilaporkan oleh pengundi awal pada 30 april 2013 menjadi topik hangat dilaman sosial.
Penjelasan SPR Isu Dakwat Kekal Boleh Ditanggalkan
Abdul Aziz berkata dakwat yang digunakan SPR tersebut mengandungi bahan nitrat perak (silver nitrate) yang meresap ke dalam kulit dan mustahil ia ditanggalkan dengan sebarang cara walaupun dengan apa cara sekalipun, malah bahan seperti minyak ataupun bahan-bahan lain tidak boleh menanggalkannya.
Walaupun kesan pada kuku itu boleh hilang jika dibasuh atau dengan menggunakan minyak, Abdul Aziz menegaskan kesannya pada kulit masih lagi boleh dilihat dan pengundi tidak akan dapat menipu untuk mengundi sebanyak dua kali seperti yang didakwa sebelum ini.
Abdul Aziz berkata dakwat kekal tidak akan hilang selama tujuh hari bagi mereka yang mengundi awal, serta menggesa sekiranya pihak tersebut mempunyai bukti supaya tampil ke hadapan dan buktikan dakwaan tentang penggunaan petrol untuk menanggalkan dakwat tersebut.
Gambar Pengundi Awal Tunjuk Dakwat Kekal Boleh Hilang Tersebar
T
No comments:
Post a Comment