Breaking

May 1, 2011

Zahiril-Shera Nikah 20 November Ini

Pelakon Zahiril Adzim dan pengacara Shera Aiyob bakal melangsungkan majlis pernikahan mereka pada 20 November tahun ini di sini dan majlis resepsi perkahwinan akan dilakukan serentak untuk kedua-dua belah pihak pada 17 Disember tahun ini di Kuala Lumpur.



Gambar Shera Aiyob & Zahiril Adzim Bertunang


Gambar Shera Aiyob Bertunang
Pasangan ini mengumumkan tentang majlis tersebut setelah selamat bertunang pada Ahad, di rumah keluarga Shera di Taman Tasek Indra, di sini.
"Syukur, alhamdulillah segala yang dirancang berjalan dengan baik. Saya berasa seronok dan teruja apabila selamat mengikat janji setelah lama cuba memikat hatinya.
"Hubungan cinta kami mula berputik sejak sama-sama berlakon dalam sebuah drama berjudul 'Ada Sesuatu Yang Tertinggal'," kata Zahiril yang segak memakai baju Melayu berwarna merah jambu, bersongkok dan bersamping.
Dalam majlis pertunangan tersebut, Zahiril memberi tujuh dulang hantaran dengan tema warna hijau manakala Shera membalas dengan 11 dulang hantaran berwarna merah jambu.
Shera memilih pelamin berkonsepkan Inggeris dengan tema warna putih dan merah jambu direka oleh Zaid Sulaiman dari Za'ha Wedding Planner manakala solekan daripada Art Of Beauty.

mstar

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us