Breaking

May 1, 2011

Maya Karin Dilacurkan Bapa Saudara?

Jangan pula terkejut beruk bace tajuk kat atas nun, tuh cume antara jalan cerita yang bakal dilakonkan Maya Karin dalam filem Ombak Rindu yang diadaptasi dari sebuah novel. me penah bace novel ni jalan ceritanya memang menarik.



Menjadi anak yatim piatu, dilacurkan oleh bapa saudara sendiri serta berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan dan cinta. Itulah antara liku-liku yang terpaksa diharungi oleh insan bernama Izzah lakonan aktres jelita, Maya Karin dalam filem terbarunya, Ombak Rindu. Ombak Rindu merupakan adaptasi dari sebuah novel popular nukilan, Fauziah Ashari.

“Saya pernah baca novel ini tujuh tahun yang lalu dan saya akui amat menyukai cerita Ombak Rindu ini. Bila ditawarkan untuk berlakon dalam naskhah ini, saya rasa gembira sangat,” ujar Maya mengakui agak berat untuk membawakan wataknya.

“Watak Izzah sangat jauh dengan diri saya sendiri. Dia merupakan anak yatim piatu dan dilacurkan oleh bapa saudara sendiri. Saya selalu memikirkan tentang watak ini dan cuba melalui hidup sebagai Izzah.

“Bagi saya, watak Izzah sangat istimewa. Watak Izzah sangat kuat dalam diri saya sehinggakan saya masih pegang perasaan dan prinsip Izzah sampai sekarang,” ujar Pemenang Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia 2008 ini.

“Ini kali pertama saya bertudung untuk sesebuah watak. Jadi, saya mengambil inisiatif dengan belajar agama dengan seorang ustazah selama dua hingga tiga jam sehari. Kelas kami berlangsung selama empat hari seminggu. Dengan cara ini, sekurang-kurangnya, saya dapat mendalami dan memantapkan lagi ilmu tentang agama dan budaya.

“Selain inisiatif memanggil ustazah, saya juga mendalami watak Izzah dengan mendengar muzik khas yang terdiri daripada lagu-lagu tradisional Terengganu, Kelantan, dan juga lagu wayang kulit semata-mata untuk mendapatkan ‘feel’. Malah, nak masuk kereta pun saya dah pakai tudung,” 

gua.com 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us