Breaking

September 15, 2010

Movie Raya Keenam : SUSUK

Movie menarik malam ni di TV3; 15 September, 9.00mlm


Susuk mengisahkan Soraya, seorang pelatih jururawat mendambakan kehidupan lebih dari ala kadar. Semua mimipi yang diidam kini menjadi kenyataan apabila dia menerima tawaran menjadi seorang pelakon.

Malangnya, bukan mudah untuk mencapai langit dan mencipta nama di persada seni yang penuh dengan cabaran dan saingan daripada bakat-bakat yang muda dan cantik.

Akhirnya, Soraya mengalah setelah dipujuk untuk mencuba amalan susuk bagi mengekalkan kecantikan dan popularitinya. Sebelum jauh terjebak dan sebelum susuk sendiri memakan tuannya, kini dia mesti memilih samada untuk terus di laluan yang benar atau mengharungi jalan hitam yang menagih pengorbanan yang besar. Sementara itu, Suzana pula seorang diva terkenal yang sedang mendaki puncak populariti teratas.

Namun terselindung di sebalik nama dan status bintang, Suzana adalah pengamal ilmu hitam tegar kerana dia pewaris susuk keramat. Namun setiap amalan jahat dan perkara terlarang yang dituriti pasti ada musibahnya, setiap kali dia melanggar pantang larang susuk, Suzana perlukan korban nyawa manusia. Apakah sebenarnya pertalian Soraya dan Suzana di dalam kemelut misteri ini?

Pelakon: Diana Rafar, Ida Nerina, Adlin Aman Ramli, Sofea Jane, Aleeza Kassim

p/s: tiap kali movie melayu baru ditayangkan takde nye nak beli vcd or g tengo kat cinema, tunggu je time raya  kompem ada disiarkan. sebab macam tak berbaloi, trailer je lebih.kan3

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us