Breaking

September 21, 2010

Dr SMS Undang Prince Arab Saudi Ke Weddingnya







sape tak kenal angkasawan negara kita, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor (Dr SMS), 38, yang bakal melangsungkan perkahwinan dengan tunang tercintanya, Dr Halina Yunos, 30, pada 10 Oktober 2010 ini. Wah, pandai dia pilih tarikh, 10.10.10 tu!

Dengar kata lagi, majlis itu akan diadakan secara gilang gemilang di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan yang lebih gempak lagi, Dr SMS akan turut menjemput 100 angkasawan dari seluruh dunia untuk meraikan hari bersejarah beliau itu.

yang menarek lagi tema majlis itu nanti adalah "Pahlawan Melayu di Istana Kayangan". Alhamdulillah nampaknya ada usaha dari Dr SMS untuk cuba mengangkat budaya dan martabat masyarakat Melayu untuk ditonjolkan pada tetamu-tetamu antarabangsa pada malam itu nanti.

Tak cukup dengan segala kejutan itu, Dr SMS turut menjemput Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Sultan Salman. Aduh, ini bukan dah bukan calang-calang punya majlis ini. Dr SMS turut memberitahu media yang surat jemputan telah pun dihantar dan kebanyakan mereka sudah mengesahkan kehadiran pada majlis itu.
Pasangan Dr SMS dan Dr Halina akan melangsungkan pernikahan pada waktu pagi di Masjid Tuanku Mizal Zainal Abidin Putrajaya yang terbuka kepada umum dan orang ramai sekali lagi dijemput menghadiri majlis resepsi pada sebelah malamnya di PICC. Pasangan ini juga akan mengenakan beberapa persalinan dari Putra Cosry untuk kedua-dua majlis itu.-murai.com-

nih komfem jadi wedding of the year! first and last aku nengok Dr SMS ni secara live masa Minggu Mesra Pelajar UKM 08/09.tinggi owh,hensem xyah cakap ar dan yang paling best dapat tengok video dia semasa di angkasa.ni gambar die yang sempat d snap, dari jauh pun jadilah

nak amek y ats pentas kecik sangat cam semut, sempat tangkap y ni je

1 comment:

Roxy zai said...

mereka secocok n sweet!!!^_______^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us