Breaking

March 24, 2018

13:12

BAHASA BRUNEI 5 HINGGA 10 HURUF. BELAJAR DALAM MASA 1 MINIT


BAHASA BRUNEI PALING RINGKAS DAN SENANG DIFAHAMI
Image result for BRUNEI
1- Bubut = kejar
2- Lusir = lari
3- Nyaman = sedap
4- Bisai = cantik,indah
5- Linggang = lembik
6- Berantam = bergaduh
7- Baibun = bergurau
8- Buyuk = tipu
9- Sigop = rokok
10- Awu ‘= iya
11- Ben = van
12- Eskul = sekolah
13- Stetmin = kenyataan
14- Licak = lembut
15- Piasau = kelapa
16- Palui = bodoh
17- Mulih = balik
18- Berinut = minta diri
19- Limpas = lintas
20- mengkalakari = menipu
21- tejulayak = tersadong
22- mengarabat = tersungkur
23- pendidip = mancis
13:07

JENIS IKAN YANG SERING DITEMUI DI PASAR. KETAHUI NAMA DAN CARA MASAKAN YANG SEDAP

Hari ni nak cerita pasal jenis-jenis ikan pula
mesti ramai yang tak tahu nama ikan, main belasah je makan kan
jadi meh teruskan membaca
Image result for IKAN

  • Ikan Bawal Tambak

Inggeris- Chinese Pomfret
Cina- Tau Dai Cheong
Agak mahal. Ikan ini sering jadi pilihan ketika hidangan makan malam masakan Cina. Selalunya dikukus.


  • Ikan Bawal Putih

Inggeris- White/Silver Pomfret
Cina-Pak Cheong


  • Ikan Bawal Hitam

Inggeris- Black Pomfret
Cina- Hak Cheong
cara memasak digoreng. tidak berapa popular di restoran kerana dagingnya agak hitam


  • Ikan Kurau

Inggeris- Treadfin
Cina- Ma Yau
Isinya cantik dan halus


  • Ikan Kerapu

Inggeris- Six banded grouper/ Orange spotted Grouper
Cina- Sek Pan
Enak dikukus atau digoreng


  • Ikan Siakap

Inggeris- Perch/Seabass
Cina- Siakap
Goreng atau kukus. Antara ikan yang popular direstoran Cina


  • Ikan Tenggiri

Inggeris- Spanish Mackerel
Cina- Kau Yee
Popular dikalangan melayu dan india


  • Ikan Merah

Inggeris-Red Snapper
Cina-Hoang Yee


  • Ikan Malong

Inggeris-Congo Eel
Cina-Sin


  • Ikan Pari

Inggeris-Stingray
Cina-Po Yee
Popular dengan masakan kari,asam pedas dan bakar


  • Ikan Semilang

Inggeris-Catfish Eel
Cina-Toh Sa


  • Ikan Kembong

Inggeris-Indian Mackerel
Kembong
ikan yan g polular dikalangan melayu


  • ikan Jelawat

Inggeris-Sultan
Sultan
Ikan ini banyak tulang tetapi isinya manis. Antara ikan air tawar yang popular dan mahal


  • Ikan Tilapia

Inggeris-Tilapia
Cina-Africa, Kam fong
Terdapat tilapia merah,hitam dan kelabu


  • ikan patin

Inggeris-Striped Catfish
Cina-patin
Orang melayu selalu buat masak asam rebus


  • Ikan keli kayu

Inggeris-Walking Catfish
Cina-What Kor


  • Ikan Kap Rumput

Inggeris-Common/ Gras Carp
Cina-Wan Yee


  • Ikan Haruan

Inggeris-Aruan
Cina-San Yee
ikan yang dikatakan sangat baik dijadikan ubat
12:58

PENJUAL KOSMETIK TERLALU YAKIN SEHINGGA LUPA DIRI AKIBAT TERLALU 'CANTIK'

PENJUAL KOSMETIK TERLALU YAKIN SEHINGGA LUPA DIRI AKIBAT TERLALU 'CANTIK'
Sebelum yakinkan orang laen ,kena yakin kan diri sendiri dahulu

let say:
kalo nak jual produk kecantikan, tapi bile tengok muka penjual tu sendiri ade jerawat mesti kite tak lalu nak beli kan?

Image result for KOSMETIK PENGASAS


Image result for KOSMETIK PENGASAS

Image result for KOSMETIK PENGASAS

Kemunculan mereka ini dengan pelbagai kontroversi mewarna warnikan dunia hiburan.
12:46

Ambiga Sreenevasan, Penggerak Kempen BERSIH Yang Mengalakkan Demonstrasi Jalanan

Ambiga Sreenevasan, Penggerak Kempen BERSIH Yang Mengalakkan Demonstrasi Jalanan
Image result for ambiga
Ambiga Sreenevasan (lahir 1956) merupakan Presiden Badan Peguam Malaysia sejak 2007.
Beliau merupakan seorang peguam kanan yang tegas berhubung hak asasi manusia untuk berhimpun. Perarakan hak asasi manusia yang dirancang oleh Badan Peguam dari Jalan Raja Laut ke Pasar Seni pada 10 Disember 2007 telah dibatalkan kerana tidak mahu memenuhi syarat polis yang memerlukan permit berhimpun. Polis Malaysia mengemukakan alasan Perkara 10(2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang jelas menyatakan sebarang perhimpunan perlu mendapatkan kebenaran demi ketenteraman dan kesejahteraan awam.
Datuk Ambiga Sreenevasan merupakan individu yang cuba menegakkan dasar toleransi atau kebersamaan antara agama di Malaysia dan merupakan peguam bela dalam kes Lina Joy. Ambiga telah mempertikaikan undang-undang syariah di bawah "Bab Perkara Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan", dengan alasan bahawa Islam tidak berbeza dengan agama lain di bawah undang-undang Malaysia.[1]
Bertindak dalam kapasiti Presiden Majlis Peguam, Ambiga telah menerima satu memorandum kepada pembentukan satu Suruhanjaya Antara Agama, yang membuat 14 tuntutan dan salah satunya mempersoalkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi dan dan mendakwa ia bercanggah dengan perlembagaan. Ambiga turut mengadakan forum mengenai artikel dalam perlembagaan yang berkaitan undang-undang syariah, walaupun mendapat bantahan daripada umat Islam
12:33

Cekodok Pisang Rangup Dan Gebu. Resepi Dengan Enam Bahan Jimat

Related image
BAHAN-BAHANNYA :-)
8 biji pisang melaka (org Sabah mesti tahu)
3/4 camca teh soda bicarbonat
1 camca besar gula perang @ 1/3 camca besar gula halus
1 cawan tepung gandum (haha sori tertinggal..tadi)
1/4 camca teh garam halus
Minyak untuk menggoreng

CARA MEMBUATNYA :-)

Image result for cekodok pisang
  1. Kupas pisang, lecek bersama gula, garam dan soda bikarbonate hingga hancur. Masukkan tepung dan gaul rata hingga sebati. Perap 30 minit.
  2. Panaskan minyak pada tahap kepanasan sederhana. Basahkan hujung jari dalam air, jemput kan adunan tadi ke dalam minyak panas, pastikan jangan banyak2, mat buat dalam 10 biji macam tu, sebab ianya akan kembang. Tapi ini bergantung pasa saiz kuali yang anda gunakan.
  3. Goreng hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian cekodok. Angkat dan toskan. Letak atas paper towel dan biar minyak terserap. Hidangkan bersama kopi atau teh...
12:28

Resepi Cupcake Mudah, Chocolate Cupcake Saiz Kecil Dan Bahan Mudah Didapati

12:24

GAMBAR GADIS TRIVAGO KINI MENJADI IBU, MELAHIRKAN BAYI PEREMPUAN

GAMBAR GADIS TRIVAGO KINI MENJADI IBU, MELAHIRKAN BAYI PEREMPUAN

“Comelnya Baby Trivago!” - Dahlia Shazwan Dedah Wajah & Perkenalkan Nama Anak Sulung
Pengacara dan model iklan Trivago, Dahlia Shazwan mendedahkan anak sulungnya di laman Instagram.

Menerusi sebuah entri terbaru yang dimuat naik oleh Dahlia, pengacara rancangan HLive itu turut memperkenalkan nama anak sulungnya.

Throwback to when I delivered our angel exactly a month ago. Everyone meet Freda,” tulis Dahlia di ruangan kapsyen.

Rata-rata pengikut laman Instagram Dahlia mengucapkan tahniah serta memuji kecomelan wajah anaknya. 
 
Selain itu, peminat Dahlia turut memanggil bayi perempuan Dahlia dengan gelaran ‘Baby Trivago’.

Dahlia selamat melahirkan cahaya mata perempuan seberat 2.7 kilogram di sebuah hospital swasta Kuala Lumpur pada 22 Februari lalu.

Terdahulu, Dahlia atau nama sebenarnya Dahlia Shazwan Mohd Amin mendirikan rumah tangga dengan Shafiq Ismet pada 23 Julai 2016
12:16

PUNCA GAMBAR ANAK SULUNG SITI NURHALIZA VIRAL DI MEDIA SOSIAL


“Benda Dah Jadi, Tak Boleh Buat Apa” - Jurusolek Kesal Sebar Gambar Anak Siti Nurhaliza



JURUSOLEK yang bertanggungjawab menyebarkan gambar anak penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza di laman sosial bersyukur apabila Datuk Khalid Mohamad Jiwa memaafkannya dan reda dengan apa yang berlaku.
Wan Noor Akmal Wan Jusof ketika dihubungi turut berterima kasih kepada keluarga Siti Nurhaliza kerana tidak memanjangkan isu berkenaan.


Buat sementara waktu anak perempuan Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dipanggil Fatimah Az-Zahra sebelum nama sebenarnya diumumkan secara rasmi selepas tujuh hari kelahiran.
Kelahiran bayi ini menamatkan penantian Siti Nurhaliza selepas 12 tahun mendirikan rumah tangga.

11:53

VIDEO, LIRIK LAGU SUFIAN SUHAIMI, BEKAS TUNANG ELFIRA LOY


Baru dilancarkan beberapa jam, lagu terbaharu Sufian menerima jumlah tontonan tinggi di laman YouTube. Foto: AZHAR MAHFOF/ The Star
VIDEO, LIRIK LAGU SUFIAN SUHAIMI, BEKAS TUNANG ELFIRA LOY
KONTROVERSI terputusnya ikatan pertunangan antara penyanyi Sufian Suhaimi dengan pelakon Elfira Loy terus memberi publisiti terhadap lagu terbaharu nyanyiannya berjudul Di Matamu apabila ia menerima sambutan penonton di laman YouTube.
Lagu tersebut telah dilancarkan secara rasmi di laman itu pada pukul 9 pagi, Jumaat dan sehingga kini menerima hampir 200,000 kali tontonan setelah tiga jam dimuat naik menerusi saluran Aries Music.
Lagu ciptaan Sufian bersama Sirkhan dan Rinkarnaen ini dilancarkan pada hari ini kerana ia sepatutnya merupakan tarikh dia dan Elfira mendirikan rumah tangga.
Rata-rata netizen turut teruja dengan pelancaran lagu ini dan masih mengaitkan kisah putus tunang dengan perjalanan cerita dalam muzik video tersebut.

Sufian Suhaimi lancar Di Matamu di laman Youtube.
"Sabar ya Sufian. Banyak lagi yang terbaik di luar sana, Allah lebih tahu perjalanan hidup mu, banyakkan bersabar, InsyaAllah akan dipermudahkan segalanya. Amin," komen MizsMaya.
"Setiap apa yang kita impikan, tak semua menjadi kenyataan. Hari sepatutnya melangsungkan pernikahan telah menjadi hari lancar lagu. Steady pian. Fokus agama, keluarga dan kerjaya," kata Mohamad Aizat.
"Tahniah Sufian Suhaimi . Baru satu jam dah ramai tengok . Memang terasa lah dengan lagu ni . Kita sama-sama ditinggalkan Pian. Biarlah , semoga dia bahagia dengan pilihan dia tu," tulis Shafinaz Ekah.

Hari ini sepatutnya dia melangsungkan pernikahan dengan Elfira Loy.
Sementara itu, mStar Online bertarikh 26 Februari melaporkan Sufian memberitahu lirik lagu terbaharunya itu dicipta pada pertengahan tahun lalu dan bukanlah selepas berakhirnya kisah pertunangannya dengan Elfira.
"Sebenarnya lirik lagu tersebut dah ada sejak tahun lalu lagi. Memang saya bercadang untuk keluarkan lagu tersebut pada tahun ini.
"Bukanlah dicipta selepas berakhirnya hubungan saya dan Elfira. Cuma, semua yang terjadi ini seperti kebetulan sama dengan maksud lirik tersebut.

Sufian nafikan lagu tersebut ada kaitan dengan perjalanan kisah hidupnya.
"Lagu itu juga sangat peribadi bagi saya kerana mengisahkan kehidupan saya yang secara kebetulan sahaja," ujarnya.
Pada 18 Februari lalu, pihak keluarga Elfira mengesahkan sudah bertemu dengan keluarga Sufian untuk memulangkan cincin pertunangan mereka.
Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober tahun lalu dan sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada hari ini.
Sebelum ini, video nyanyian akustik yang dimuat naik di laman sama menjadi trending dan telah ditonton sebanyak 10 juta kali sejak 26 Februari.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us