Breaking

March 24, 2018

VIDEO, LIRIK LAGU SUFIAN SUHAIMI, BEKAS TUNANG ELFIRA LOY


Baru dilancarkan beberapa jam, lagu terbaharu Sufian menerima jumlah tontonan tinggi di laman YouTube. Foto: AZHAR MAHFOF/ The Star
VIDEO, LIRIK LAGU SUFIAN SUHAIMI, BEKAS TUNANG ELFIRA LOY
KONTROVERSI terputusnya ikatan pertunangan antara penyanyi Sufian Suhaimi dengan pelakon Elfira Loy terus memberi publisiti terhadap lagu terbaharu nyanyiannya berjudul Di Matamu apabila ia menerima sambutan penonton di laman YouTube.
Lagu tersebut telah dilancarkan secara rasmi di laman itu pada pukul 9 pagi, Jumaat dan sehingga kini menerima hampir 200,000 kali tontonan setelah tiga jam dimuat naik menerusi saluran Aries Music.
Lagu ciptaan Sufian bersama Sirkhan dan Rinkarnaen ini dilancarkan pada hari ini kerana ia sepatutnya merupakan tarikh dia dan Elfira mendirikan rumah tangga.
Rata-rata netizen turut teruja dengan pelancaran lagu ini dan masih mengaitkan kisah putus tunang dengan perjalanan cerita dalam muzik video tersebut.

Sufian Suhaimi lancar Di Matamu di laman Youtube.
"Sabar ya Sufian. Banyak lagi yang terbaik di luar sana, Allah lebih tahu perjalanan hidup mu, banyakkan bersabar, InsyaAllah akan dipermudahkan segalanya. Amin," komen MizsMaya.
"Setiap apa yang kita impikan, tak semua menjadi kenyataan. Hari sepatutnya melangsungkan pernikahan telah menjadi hari lancar lagu. Steady pian. Fokus agama, keluarga dan kerjaya," kata Mohamad Aizat.
"Tahniah Sufian Suhaimi . Baru satu jam dah ramai tengok . Memang terasa lah dengan lagu ni . Kita sama-sama ditinggalkan Pian. Biarlah , semoga dia bahagia dengan pilihan dia tu," tulis Shafinaz Ekah.

Hari ini sepatutnya dia melangsungkan pernikahan dengan Elfira Loy.
Sementara itu, mStar Online bertarikh 26 Februari melaporkan Sufian memberitahu lirik lagu terbaharunya itu dicipta pada pertengahan tahun lalu dan bukanlah selepas berakhirnya kisah pertunangannya dengan Elfira.
"Sebenarnya lirik lagu tersebut dah ada sejak tahun lalu lagi. Memang saya bercadang untuk keluarkan lagu tersebut pada tahun ini.
"Bukanlah dicipta selepas berakhirnya hubungan saya dan Elfira. Cuma, semua yang terjadi ini seperti kebetulan sama dengan maksud lirik tersebut.

Sufian nafikan lagu tersebut ada kaitan dengan perjalanan kisah hidupnya.
"Lagu itu juga sangat peribadi bagi saya kerana mengisahkan kehidupan saya yang secara kebetulan sahaja," ujarnya.
Pada 18 Februari lalu, pihak keluarga Elfira mengesahkan sudah bertemu dengan keluarga Sufian untuk memulangkan cincin pertunangan mereka.
Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober tahun lalu dan sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada hari ini.
Sebelum ini, video nyanyian akustik yang dimuat naik di laman sama menjadi trending dan telah ditonton sebanyak 10 juta kali sejak 26 Februari.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us