Breaking

October 31, 2010

17:17

Aku Tak Bodoh

Jangan hairan pula baca tajuk untuk entry kali ni, me bukan sesaja nak mencarut tapi 'Aku Tak Bodoh' yelah satu lagi filem baru yang bakal ditayangkan pada 2 Disember ni. nak tahu apa jalan cerite filem ni? jum baca sinopsis




SINOPSIS: AKU TAK BODOH

Mengisahkan perihal remaja yang bernama Roy, berusia 16 tahun dalam menghadapi liku-liku hidupnya yang sentiasa diikat dengan prinsip ibu bapanya. Bapa Roy, seorang pengaturcara computer, percaya bahawa melalui kritikan anak-anaknya akan menjadi seorang yang berjaya.Ibu Roy pula seorang editor majalah yang sering sibuk dan tidak mempunyai masa lapang untuk anak-anaknya. Ibunya lebih mengharapkan suaminya untuk mengawasi tingkah laku anak-anak mereka.

Lantaran sikap ibubapanya yang gemar mengkritik dan tidak menghargai dirinya, Roy mula berkawan dengan remaja-remaja nakal di mana bersama mereka Roy mula berasa dirinya benar-benar dihargai. Adik Roy, Jefri, berusia 8 tahun juga tersepit di dalam dunia ciptaannya sendiri kerana tiada siapa yang mempedulikan dirinya.

Keadaan menjadi lebih kritikal apabila Roy dan Jefri sudah berani melakukan jenayah yang menyebabkan ibubapa mereka terlalu marah dan bertindak memukul mereka. Ini menyebabkan Roy menjadi lebih liar dan sukar untuk di kawal lagi.

Namun, segala-galanya berubah apabila Ibubapa Roy terbaca blog hasil nukilan Roy mengenai kisah hidupnya. Mereka juga tersentak dengan pengakuan anak bongsu mereka, Jefri yang sebenarnya mempunyai motif sendiri ketika bergelut dengan keadaan sekelilingnya tanpa kehadiran ibubapanya. Apa akan terjadi pada keluarga ini seterusnya? Bahagia atau kehancuran yang bakal mereka tempuhi?
Antara artis yang berlakon dalam filem ni seperti Dato Jalaluddin, Adibah noor, Amy mastura, Riezman Khuzaimi dan ramai lagi

Aku Tak Bodoh

Aku Tak Bodoh
filem yang bertemakan komedi dan kekeluargaan


Aku Tak Bodoh
salah satu babak dalam cerita ni

@: menarik ke tak filem ni kene tunggu tayangan 2 Dis ne..
12:52

Rahsia Kekal Subur Dan Gebu Dari Maizawati



Kepada yang bernama gadis, wanita, perempuan meh duduk dekat sikit. me nak share petua untuk kekal subur, mudah dapat anak dan badan kekal menawan. psstt..psstt artikel ni bukan untuk kaum hawa saje ye, kaum adam pun kena baca juga boleh berkongsi dengan isteri. ini adelah petua yang diamalkan oleh Maizawati Zainal, dengar-dengar die dah disahkan hamil dua bulan sekarang. kiranya die bakal menimang anak yang ke 7, tetapi dengan suami barunya Mohd Yassin Ben @ Abd Rahim, 23 ini merupakan anak pertama. 




walaupun anak dah ramai tapi penampilan Maiza tetap langsing dan bergaya. nak tahu apa rahsianya?jum kite kongsikan di sini kot2 boleh diamalkan bile dah bergelar ibu nanti



PETUA MAIZAWATI
1. Amalkan berpantang 
Berpantang ni penting untuk proses memulihkan tenaga selepas bersalin dan memelihara kecantikan luaran serta dalaman

2. Amalkan makan makanan panas 
Elakkan makanan sejuk seperti timun yang boleh menganggu perjalanan urat saraf

3. Makan jamu serbuk 
Jamu penting untuk mempercepatkan pemulihan tenaga selepas bersalin

4. Minum air akar kayu 
Akar kayu pula boleh membantu menguatkan otot-otot dalaman dan menyembuhkan luka dalaman selepas bersalin

5. Elakkan minum ais dan minuman berkarbonat selama setahun 
Elakkan minum ais sangat penting untuk mengekalkan kecantikan dan awet muda

6. Minum madu setiap pagi dan malam
terlalu banyak khasiat madu seperti meningkatkan antibodi badan, mencegah penyakit dan kekal muda

nilah petua yang sering diamalkan maiza, kalau rajin dan selalu amalkan insyallah nampaklah kesannya. tapi yang bab elakkan minum ais tu me susah siket, sebab kalo tengok je milo ice mesti nak beli hee~

@: selamat mencuba...dan selamat beramal (gan nada dj radio IKIM)

October 30, 2010

23:01

Keputusan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2010- Kelantan Juara

Tak sangka ramalan me malam ni tepat apabila apabila Kelantan muncul sebagai juara dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2010. agak rugi juga tak dapat tengok perlawanan ni kat tv sebabnye kat kolej ni memang jarang dapat tengok tv paling2 pun kat cafe. Tahniah kepada The Red warrior dengan kemenangan 2-1 ke atas Negeri Sembilan. Gol pertama dijaringkan oleh Hairuddin Omar dan gol kedua dari Badri Radzi

NEGERI SEMBILAN 1 - 2 KELANTAN





@: tahniah!
21:52

Kelantan Juara Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2010

UPDATE: untuk keputusan penuh dan video perlawanan, klik SINI

Pasti ramai penyokong Kelantan VS Negeri Sembilan yang tak sabar melihat aksi perlawanan pasukan bola sepak pilihan dalam perlawanan akhir Piala Malaysia malam ni kan. kepada kaki-kaki bola tu jangan lupa malam ni di Stadium Nasional Bukit Jalil.

eh betul ke Kelantan juara Piala Malaysia 2010? ni just ramalan me aje. nak tiru macam si Paul The Octopus. kesian kat sotong tu dah mati. Perlawanan musim lalu Negeri Sembilan menang 3-1 keatas Kelantan, mungkin malam ni pula Kelantan akan menundukan Negeri Sembilan 3-2. pasukan Negeri Sembilan pun nampaknya sudah bersiap sedia dibawah kapten Aidil Zafuan. mungkin juga N9 akan memperoleh kemenangan seperti musim lalu, tengok ajelah keputusannya malam ni.

 
Kapten Negeri Sembilan Aidil Zafuan



Barisan pemain Kelantan yang menggelarkan diri mereka The Red Warriors

@: 'Gomo Kelate Gomo' gomo tu ape, gomol?


14:39

Senarai Pemenang Gadis Melayu 3

Semalam me dah update juara Gadis Melayu 3 saja. untuk entry ni pula nak senaraikan kesemua pemenang dari tempat pertama, kedua, ketiga dan saguhati.

kesemua finalis di malam pertandingan akhir

Juara Gadis Melayu 3


Norazrina Mohd Salleh (Rina), 25
berjaya membawa pulang hadiah berjumlah RM160,000 berupa wang tunai RM30,000, set mutiara Rafflesia RM120,000, barangan jenama Singer RM10,000, trofi Sirih Junjung Gadis Melayu sumbangan ZRA Glocal dan jambangan bunga dari Creative Creative Gift.


Tempat Kedua


Nur Diana Zainuddin (Diana), 19
membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, barangan Singer bernilai RM7,000 dan jambangan bunga.


Tempat Ketiga


Fatheen Nabila Ghazali (Fatheen), 24
memenangi wang tunai RM1,000, barangan Singer RM5,000 dan jambangan bunga.



Enam finalis yang lain iaitu Afiqah Hazwani, Md Nordin (Afiqah),18, Nor Shamimi Ernida Mansor (Mimie),20, Siti Nur Afiqah Abdullah (Siti),21, Norhidayah Samsudin (Hidayah), 21, Siti Nurzakiah Abdul Aziz (Zakiah),21, dan Siti Mastura Mohamad Saleh (Mastura),24, turut membawa hadiah sagu hati.
Afiqah dan Siti, masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, barangan Singer RM1,000 dan jambangan bunga manakala Mimie, Hidayah, Zakiah dan Mastura mendapat wang tunai RM500, barangan Singer RM700 dan jambangan bunga setiap seorang.
Juri pada pada malam ini yelah pengacara Ezzah Aziz Fawzy (ketua juri), penerbit dan pengarah Ahmad Idham, angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Sheikh Shukor Al-Masrie, Timbalan Pengarang Unreserved, The Malaysian Reserved, Sharifah Suraya Al-Attas dan bekas pengacara TV3, Datin Seri Normala Samsudin.
Ashraf Muslim dan Sharifah Shahira pula menjadi hos malam ini.
@:tahniah semue :)
08:44

(Tutorial) Cara Memakai Shawl Mengikut Fesyen Terkini

Salam semua, untuk entry kali ni me nak berkongsi cara terbaru mengayakan tudung jenis shawl atau selendang. tutorial ni dalam bentuk gambar dan dicilok dari majalah nur. mesti ramai yang dah bosan dengan cara korang pakai shawl kan? nak cuba gaya baru tak reti, tak pun segan takut nampak pelik nanti orang pun pandang semacam je.

tapi dalam tutorial ni cara memakai shawl mengikut fesyen terkini dan nampak simple. kalau berminat boleh try (sile klik gambar untuk pembesaran)

Gaya 1: Shawl


Gaya 2: Mavi 


Gaya 3: Turkish


Gaya 4: Mavi II

Gaya 5: Marheba


Gaya 6: Shawl II


Gaya ikatan ni diilhamkan oleh Malady Couture dan kredit kepada mass.nasyeed.my

@: sangat berminat gan style no. 1 tu heee~
08:33

Heliza Nak Berhenti Menyanyi?

Heliza baru saja menamatkan pengajian di Universiti Malaysia Sabah dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Pendidikan (Biologi dan Kimia) pada 11 Oktober yang lalu, dan secara rasminya dah graduate la. lepas dah graduate banyak pula undangan untuk memberi ceramah di sekolah. sebab tu juga heliza semakin berminat nak jadi seorang penceramah motivasi


but it doesn't mean yang heliza nak berhenti dalam bidang nyanyian. kiranye die nak jadi penyanyi yang serba boleh yang juga boleh jadi penceramah motivasi. bagus lah tu menyelam sambil minum air. Jum tengok gambar Heliza semasa konvokesyen di UMS hari tu



hepinyerr...
heliza helmi, heliza af5





04:21

Kemalangan Maut Melibatkan Bas Di Km38 Genting Sempah

Lagi berita kemalangan ngeri yang melibatkan bas berlaku dan mengorbankan 6 orang manakala 39 yang lain cedera. Kemalangan berlaku apabila sebuah bas pelancongan yang membawa para belia terbabas lalu terbalik di Km38 Genting Sempah dekat sini kira-kira 7.50 malam ini. Kemalangan yang melibatkan bas yang membawa 44 penumpang yang terdiri daripada ahli Belia 4B Kampung Siong, Baling dan dua pemandu bas berlaku ketika kenderaan itu menuruni Genting Highlands.



Bas tersebut yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas lalu terbalik di laluan bertentangan, demikian menurut PenolongPengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail. Penumpang bas berkenaan bermalam di Genting Highlands semalam.




Tujuh jentera bomba termasuk dari Bentong, Kuala Lumpur, Selayang dan Taman Melawati berada di tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa antaranya yang mautkerana tersepit di bawah bas. Mangsa-mangsa dibawa ke Hospital Bentong, Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur.
Berikut ialah senarai enam penumpang bas ekspres yang membawa ahli Belia 4B dari Kampung Siong, Baling, Kedah yang maut dalam kemalangan di Km 38 Genting Sempah dekat ini pada 7.05 malam ini.
Mereka dikenali sebagai:-
Mohamad Khairy Mohamad Mazuki, 14;
Mohd Amirul Muhamat Isa, 13;
Mohamad Firdaus Rosedi, 16;
Mohammad Yussof A. Akhit, 16;
Mohd Ridzuan Husin, 17;
Muhd Fahmi Abdul Mustaffa, 17
@: al-fatihah buat mangsa
02:30

(Gambar) Menara Warisan Merdeka 100 Tingkat

Seperti yang dibentangkan oleh PM Najib tun Razak dalam bajet 2011, Permodalan Nasional Berhad akan membangunkan Menara Warisan Merdeka 100 Tingkat berharga 5 billion! dan dujadual siap pada 2020. fuh..kaya juga malaysia ni ye, 5 billion banyak tu. ada pula pihak yang request projek pembinaan Menara Warisan Merdeka dipindahkan ke Kampung Baru. hmmm...sonok juga memandangkan kg. baru sejengkal je dari ukmkl tapi lama lagi kut nak siap.


tujuan pembinaan Menara Warisan Merdeka ni katanye....



  • mercu tanda terbaru KL 
  • menarik pelancong datang ke negara kita
  • mengatasi masalah kekurangan tanah di KL untuk pembinaan pejabat-pejabat atau ruang niaga yang baru
  • menjadi pusat sehenti peniaga-peniaga bumiputra yang hendak berniaga di sana.
  • memindahkan semua pejabat-pejabatnya yang berselerak di serata Lembah Klang ke satu tempat



murni juga niat kerajaan ni, habis bangunan lama tu nak buat apa, rumah tompangan? ok juga takkan nak biarkan je orang2 kita menjalar kat kaki lima, bawah jambatan bagai
jum tengok gambar rekabina Menara Warisan Merdeka 100 Tingkat ni pula


lebih tinggi dari klcc
gambaran secara 3 dimensi
gambaran secara 2D pule, 1D macamne pulak ye?

nak tahu tak, 200k rakyat malaysia membantah pembinaan menara 100 tingkat ni
dan yang setuju pulak....


korang pula macamne?


@: jadi mak turut jelah, dari kecik kerajaan support sampailah ke university bagi biasiswa tiap sem (mode:terharu (--") huhuk) so biarlah mereka2 decide sendiri mane lebih baek. yelah mereke lagi taw, kalo tak takde nye jadi pemimpin..kan3
00:06

Rina Salleh Juara Gadis Melayu Musim Ke-3

Kalau tengok undian online Gadis Melayu 3 sebelum ni, mesti ramai yang jangka Mastura jadi juara sebab undian dia tertinggi berbanding peserta lain. tapi malam ni, dalam pertandingan akhir Gadis Melayu 3, nasib tak menyebelahi Mastura. Rina Salleh telah dinobatkan sebagai Juara Gadis Melayu Musim Ke-3. hmmm....agak diluar jangkaan ye, apepon tahniah buat Rina @ Norazrina Mohd Salleh. Rina ni sorang blogger, yang me taw die ada dua blog satu personal dan satu lagi blogshop. yang personal blog tu skang dah private so takleh nak bace lagi..huhuk

hadiah yang dibawak pulang Juara Ikon Gadis Melayu 3 (berjumlah RM160,000)




• Wang tunai RM30,000
• Set Mutiara Rafflesia bernilai RM120,000
• Barangan Singer bernilai RM10,000


• Trofi Sirih Junjung Gadis Melayu sumbangan ZRA Glocal
• Jambangan bunga sumbangan Creative Creative Gifts

&
yang ni pula hadiah tajaan dari ambooyats@blog






Siapa bilang gadis melayu tak menawan
Tak menarik hati, tiada memikat
Kalaulah memang tak mungkin aku tertarik
Kalaulah sungguh tak mungkin aku kan jatuh

Aduhai... lemah lembut gayanya
Serta manis senyumnya
Hitam pekat rambutnya
Ayuh ambil si dia

Di antara gadis gadis seluruh dunia
Tiada yang sehalus mulus oh setulus dia
Di antara gadis gadis seluruh dunia
Tiada yang sehalus mulus oh setulus dia
Budi bahasanya, pandangan matanya
Sentuhan jiwanya membuatku terlena



@: sile balik umah bawak hadiah sambil nyanyi lagu ni ye
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us