Setelah tunggu dengan penuh sabar selama dua tahun, Rozita Che Wan tidak dapat menahan perasaannya lagi dan mengamuk apabila kontraktor yang diupah didakwa gagal untuk menyiapkan projek pengubahsuaian rumah banglo miliknya.
Bukan sahaja rumah yang tidak siap tetapi kontraktor tersebut juga sudah lari menghilangkan diri.
Menerusi akaun Instagram, Che Ta ada memuat naik video menunjukkan projek pengubahsuaian kediamannya itu yang belum siap.
Siapa yang mampu bersabar selepas dua tahun, kerja pengubahsuaian dan penambahbaikan rumah saya tak siap-siap.Apabila mengupah kontraktor Melayu atas niat membantu bangsa sendiri, inilah hasilnya. Bukan hendak memalukan orang Melayu, tapi inilah hakikat yang saya hadapi. Kita bagi rezeki, mereka kerja main-main.
Menurut Che Ta, dia sudah membelanjakan wang jutaan ringgit untuk projek rumah tersebut dan mengambil kontraktor berkenaan atas saranan rakannya sendiri. Bila dia cuba menghubungi kontraktor terbabit, pelbagai alasan pula yang diberikan dan langsung tidak bertanggungjawab.
Bayangkanlah, kalau tak bayar duit, kerja tak jalan. Apabila kita bayar, sikit-sikit minta wang lagi.
Mungkin mereka guna duit tidak betul sehingga kerja jadi tergendala. Peruntukan membayar pekerja dan membeli bahan binaan juga mungkin kehabisan.
Bukan hendak memalukan bangsa sendiri, tetapi hakikatnya memang ada yang buat kerja sambil lewa dan mengambil kesempatan. Apa-apa pun, harap Che Ta tabah dengan ujian ini. Mungkin hari ini rugi tetapi siapa tahu lepas ini akan ada rezeki berlipat kali ganda buatnya. Bersabarlah.
No comments:
Post a Comment