Anugerah MeleTOP Era (AME 2020) yang bakal berlangsung pada April depan, kini telah mula membuka undian untuk kategori-kategori yang dipertandingkan. Tahun ini, mereka turut memperkenalkan kategori baharu iaitu Anugerah ‘Influencer’ MeleTOP.
Namun, apa yang hangat diperkatakan sekarang ialah apabila ada netizen yang tidak puas hati dimana ada antara calon-calon dalam kategori tersebut tidak layak diletakkan sebaris dengan selebriti media sosial lain.
Pencalonan dua tokoh terkenal iaitu Dr Nur Amalina Che Bakri dan Dr Sheikh Muszaphar Shukor, bagi kategori tersebut adalah sangat mengarut. Taraf dan sumbangan mereka berdua terhadap masyarakat dan negara, tidak setanding dengan calon-calon yang lain.
Umum mengetahui, Dr Amalina merupakan seorang doktor perubatan yang pernah mencipta nama suatu ketika dahulu apabila meraih keputusan 17A1 dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2004 dan kini sedang berkhidmat di luar negara sambil berkongsi nasihat dan pengetahuannya dalam bidang perubatan di Twitter.
Manakala, Dr Sheikh Muszaphar pula merupakan angkasawan negara yang pertama dan juga seorang pakar bedah ortopedik serta seorang ayah yang rajin berkongsi mengenai isu kesihatan dan kekeluargaan di akaun media sosial miliknya.
No comments:
Post a Comment